Nazri Ibaratkan Mahathir Seperti Pesakit Kusta

5a-copy

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggelarkan Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti pesakit kusta kerana dirinya semakin ditakuti dan dijauhi oleh semua pihak.

Bukan sahaja semua pemimpin mengambil sikap menjauhkan diri daripadanya… Malah tindak-tanduk yang dilakukan Mahathir kini memperlihatkan bahawa perjuangannya bukan lagi berlandaskan pendiriannya.

Malah segala tindakannya sekarang ini lebih kepada memberi liabiliti kepada pihak pembangkang. Mana tidaknya, Mahathir kini tidak lagi berjuang demi rakyat… Sebaliknya Mahathir berkorban dan menghambakan dirinya kepada DAP.

Bertungkus-lumus membantu DAP dan pembangkang bagi menjayakan agenda menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Nazri mengibaratkan Mahathir sebagai pesakit kusta kerana dia enggan menerima parti lain… Sebab tu Mahathir tubuh parti sendiri.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak menyertai parti pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS atau Parti Amanah negara (PAN) kerana penyakit ‘kusta’ tersebut.

Bukan sahaja Mahathir taknak sertai parti pembangkang yang lain… Malah parti pembangkang juga khuatir untuk menerima Mahathir, disebabkan tidak yakin dengan hasrat Mahathir yang bakal menggalas perjuangan mereka. Pembangkang bimbang bekas presiden UMNO itu mempunyai agenda peribadi.

Mahathir ibarat satu sumpahan bagi pembangkang… Nak bawa Mahathir untuk sertai program pembangkang pun dorang risau. Sebab individu tersebut langsung tidak membantu… Pakai baju Bersih pun dah kena gelak dan hina dengan rakyat.

Sebab tu Nazri kata, Mahathir ni macam pesakit kusta… Orang tak berani nak dekat dengannya bukan sebab hormat tapi sebab jijik dengan keadaannya sekarang ini. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s