NAJIB BELUM TENTU PEROMPAK, ANWAR SUDAH TENTU PENJENAYAH LIWAT

5-copy

Dicanang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘mencuri’ atau melesapkan RM42 bilion dari wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tak cukup dengan itu, beliau juga difitnah bahawa telah merompak RM2.6 bilion dari 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Siapa yang membuat andaian, pembohongan dan fitnah ini? Tidak lain tidak bukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP telah membuat siri pembohongan dan fitnah ini sebagai salah satu propaganda jahat untuk memburukkan Najib Razak.

Walhal pihak 1MDB sudah berulang kali menjawab bahawa, RM42 bilion adalah dana hutang. RM18 bilion daripadanya telah digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion adalah kos pembelian tanah, RM15.4 bilion pula dana pelaburan, manakala RM5.8 bilion dibelanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam bentuk tunai.

Manakala bagi isu RM2.6 bilion yang dituduh keatas Najib pula turut dijawab oleh pihak berautoriti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan bertarikh 3 Ogos 2015, ada menyebut “Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.”

Malah, kedua-dua isu berkenaan juga telah diperakui sendiri oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mana 36 peratus daripada keahliannya merupakan dari kalangan Ahli Parlimen dari parti pembangkang. Bukan itu sahaja, Timbalan Pengerusi PAC juga merupakan seorang pemimpin DAP sendiri. Maka, sudah semestinya PAC merupakan wadah yang amat telus dalam penyiasatannya.

Ini berbeza pula dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 telah memutuskan bahawa Anwar didapati bersalah atas kes meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri di sebuah kondo mewah.

Keputusan itu diputuskan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas dibacakan sebutan kesnya selama hampir 2 jam pada hari berkenaan.

Ini bukanlah kes pertama buat Anwar. Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Terang lagi bersuluh kepada kita, Najib yang dituduh sebagai perompak wang rakyat sebenarnya telah disahkan sendiri oleh pihak-pihak berautoriti seperti PAC, SPRM dan Peguam Negara bahawa beliau tidak bersalah, manakala Anwar juga turut disahkan oleh pihak berautoriti iaitu Mahkamah Persekutuan bahawa Ketua Umum PKR itu merupakan seorang penjenayah liwat. – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s