Mat Sabu Berjaya Tarik Makhluk Ghaib Jadi Penyokong PAN Di Langkawi

6-copy

Ceramah pertama Parti Amanah Negara (PAN) selepas pasca Bersih 5, mendapat sambutan hangat dikalangan “makhluk ghaib” di Dewan Ho Peng, Pokok Assam Langkawi semalam.

Mohamad Sabu yang menjadi penceramah utama pada malam itu dilaporkan “sangat gembira” kerana usahanya untuk menarik minat “makhluk ghaib” hadir menyokong PAN berjaya akhirnya.

Dewan yang mampu memuatkan 500 orang itu hanya dipenuhi dengan kerusi serta 30 orang normal, termasuk penceramah serta penjaga dewan.

Kerusi kosong yang selebihnya mungkin di isi oleh ‘makhluk – makhluk ghaib’ kerana ianya tak mampu dilihat dengan mata kasar manusia normal.

Dalam ceramah berkenaan, Mohamad Sabu yang juga merupakan Presiden PAN berkata, rakyat Malaysia sekarang ini sudah tahu membezakan diantara pemimpin yang korup dan juga yang bersih.

Oleh kerana itulah Bersih 5 yang baru selesai mendapat sambutan puluhan ribu rakyat yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang mengutamakan rakyat, bukannya mendahulukan poket sendiri.

Beliau juga mendakwa bahawa ekonomi negara ini semakin tenat kerana ditadbir oleh penyangak-penyangak yang hanya tahu menyamun harta rakyat bagi kepentingan bini dan kroni.

Menurut Mohamad Sabu, pilihanraya umum ke-14 nanti bakal menyaksikan sejarah tercipta apabila Malaysia bebas dari belenggu pemimpin zalim dan pemimpin yang suka menindas rakyat.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa golongan ‘silent voters’ akan menghukum kerajaan Barisan Nasional kerana mengkhianati amanah untuk mentadbir dengan baik.

Mohamad Sabu juga mahu rakyat Kedah menyokong Pakatan Harapan, sepertimana Tun Mahathir yang kini sudah tidak lagi percaya kepada kerajaan pimpinan UMNO/BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s