Mahathir Kini Hanya Jaga Cina DAP Daripada Jaga Melayu

mahathir-kini

Agaknya sampai bila Tun Mahathir atau boleh digelar sebagai atuk nyanyuk ni, mahu bergiat aktif dalam dunia politik. Sepatutnya di umur 91 tahun, Mahathir tidak perlu bersusah payah keluar berdemonstrasi di jalanan semata-mata mahu menyokong rakan politik pembangkang, khususnya DAP.

Dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Mahathir mendakwa UMNO sekarang sudah tidak relevan kerana parti itu kini tidak menjaga kebajikan orang melayu, sebaliknya hanya menjaga nasib Perdana Menteri, DS Najib Razak. Namun, hari ini Mahathir juga dilihat tidak menjaga orang melayu sebaliknya lebih pentingkan Cina DAP untuk memuaskan nafsu dalam berpolitik.

Mahathir juga dilihat telah dikawal oleh DAP sehingga sanggup menjilat ludah sendiri demi menyokong himpunan haram BERSIH dan bersekongkol bersama Pakatan Harapan pada PRU14. Walaupun DAP pernah menjadi musuh politiknya, demi mencapai matlamat dan dendam peribadi, beliau sanggup menjadi macai kepada parti cina kiasu tersebut.

Kenyataan Mahathir mengutuk UMNO/BN hari ini adalah untuk mengaburi mata rakyat bahawa PPBM adalah parti melayu dan bumiputera sejati. Kononnya mereka akan menggantikan UMNO nanti sebagai kerajaan yang benar-benar menjaga hak melayu, bukannya seperti Najib yang hanya menjaga hak dan kepentingan dirinya sahaja.

Hakikatnya, kerajaan hari ini sudah banyak membantu semua golongan bukan saja melayu. Pelbagai inisiatif dilancarkan kepada semua golongan tanpa mengira kaum dan tiada sikap rasis dalam kerajaan sejak dari dulu lagi. Kenyataan menjaga Najib adalah fitnah yang tidak masuk akal kerana kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat.

Dalam bajet 2017 sebelum ini, sudah terbukti kerajaan mengambil berat dan memberi keutamaan kepada rakyat dalam setiap segi. Jika semuanya untuk Najib, sudah tentu ramai penjawat awam tidak diberikan bonus dan rakyat tidak ada kesempatan untuk menerima bantuan kewangan ataupun merasa infrastruktur yang baik dalam negara.

Pembangkang hanya tahu mengutuk kerajaan zalim, hakikatnya mereka hanya tahu berpolitik dan mengejar kedudukan. Walaupun kerajaan telah memberi banyak manfaat kepada rakyat, mereka akan tetap menentang kerana ingin mengejar kedudukan sebagai PM termasuk atuk tua yang belum puas menjadi PM selama 22 tahun. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s