Lagi Drama Sampah Dan Bodoh Yang Ditayangkan Di Tv3

1a

Adoyaiii.. Miss rasa nak ‘menangis’ pun ada selepas baca tajuk drama terbaru yang ditayangkan di slot Iris di TV3 ni u’olls.. ‘Sedih’ sangat dia punya tajuk.. Huhuhu.. Lepas donut, kini arang pulak daahh!! Apa masalah industri drama dan filem sekarang ni yer??

Semakin menjadi-jadi dok buat drama bangang macam ni! Lepas satu, satu drama sampah ditayangkan.. Tengok jer lah, arang pun boleh dijadikan tajuk drama.. Nasib baik bukannya tajuk Love You, Mr. Tong Gas noh.. Hahaha.. Tapi u’olls jangan pelik pulak kalau tajuk tu dijadikan tajuk drama nanti..

Lagi bangang dan merepek tajuk tu, semakin suka dorang buat drama.. Lepas drama Love You Mr. Arrogant, kali ini muncul pulak dah drama terbaru Love You Mr. Arang.. Apa jadah punya tajuk lah! Dah semakin parah drama-drama Melayu sekarang ni, nampak sangat dah ketandusan idea nak buat drama..

U’olls tengok jer lah sendiri drama baru tu, menampilkan dua wajah baru dalam industri seni hiburan tanah air.. Pelakon Hanna Adeela dan Amirul Faqeem ni, Miss rasa nama dorang masih tak dikenali ramai.. Dorang ni pelakon baru kalau tak silap Miss..

Miss tengok drama tu kononnya mengisahkan percintaan dua insan yang berbeza warna kulit.. Tapi Miss rasa tak perlu nak jelaskan lebih-lebih lagi jalan cerita drama ni, u’olls pun dah tahu macam mana kan! Alaa.. Kebanyakkan drama-drama Melayu, jalan ceritanya lebih kurang sama jer.. Cuma pelakon lain-lain jer yang memainkan peranan..

Macam mana lah drama dan filem Melayu nak mendapat sambutan, kalau macam ni punya cerita.. Naik berbulu mata Miss tengok drama-drama sampah macam ni ditayangkan di kaca televisyen.. Haishh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s