Khalid Samad Hampir Kena Belasah Dengan Perusuh

9a-copy

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hampir-hampir sahaja dibelasah dengan perusuh ketika dia dilihat menghampiri bangunan utama Parlimen pagi tadi. Khalid dikatakan telah diserang oleh perusuh yang tidak berpuas hati dengan cara percakapannya.

Walau bagaimanapun, Khalid bernasib baik kerana beberapa pegawai keselamatan berjaya melindungi beliau daripada diserang perusuh-perusuh terbabit. Mujur lagi, kalau tidak lembik la kena belasah dengan dorang.

Ahli Parlimen Amanah itu diselamatkan daripada hampir 20 hingga ke 30 lelaki yang cuba untuk menimbulkan kekecohan. Pada awalnya, perusuh terbabit hanya mengganggu Khalid dan Menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak! “.

Namun keadaan menjadi bertambah panas dan serius, apabila seorang daripada mereka jatuh ketika mendekati beberapa pegawai keselamatan Parlimen. Apa lagi, kecoh terus! Lelaki-lelaki itu terus mengejar dan cuba mencederakan Khalid.

Hasil tindakan pantas beberapa pegawai keselamatan telah berjaya menyelamatkan Khalid dari sebarang kecederaan semasa serangan itu berlaku. Hanya seorang pegawai mengalami kecederaan dalam kejadian huru-hara itu.

Walaupun begitu, dengar kata serangan itu tidak akan berhenti disitu sahaja… Ini hanya satu permulaan, kata salah seorang lelaki yang terlibat dalam rusuhan tersebut. Insiden terbabit dikatakan berlaku akibat dari kejadian di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Rusuhan tersebut adalah tindak balas daripada tindakan Khalid yang memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai “sial”. Khalid memanggil Tajuddin sebagai sial kerana timbalan menteri pertanian dan asas tani itu merujuk kepada ahli Parlimen Seputeh sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok”.

Ceritanya rusuhan ini berlaku akibat dari mulut celupar beberapa pemimpin yang bergaduh sesama sendiri. Sekarang ni penyokong ahli Parlimen pula yang nak ajar mulut-mulut celupar di Dewan Rakyat tu.

Hashhh, pening kepala Gomez… Kes kata mengata je… Terus timbul rusuhan dan serangan sebegini. Apa yang hairannya, macam mana kumpulan perusuh tu dibenarkan masuk ke dalam kawasan bangunan Parlimen? Mereka yang terlibat akan disiasat mengikut undang-undang anti-keganasan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s