Ibrahim Ali Rasa Terhina Bila Mahathir Berbaik Dengan Anwar

9a-copy

Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan sebab sebenar mengapa Pengerusi Perkasa berkeras tidak mahu menurut telunjuk Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Meskipun Mahathir merupakan sahabat bagi Datuk Ibrahim Ali… Namun Ibrahim tetap enggan untuk menyertai parti baru Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Korang nak tahu kenapa??

Semua ini kerana Ibrahim berasa terhina dengan tindakan Mahathir yang berbaik semula dengan seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akibat dari itu, Ibrahim menolak perlawaan Mahathir untuk bergabung dan menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya.

Punca utamanya juga adalah Ibrahim tidak dapat terima kawan baiknya kembali bersama seterunya, bukan sahaja Anwar malah turut bersama DAP. Bagaimana Mahathir boleh berkawan semula dengan Anwar, sedangkan individu itu pernah berusaha untuk menggulingkannya ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Zainuddin yang juga dikenali dengan panggilan Zam turut menempelak tindakan Mahathir yang mengkritik rancangan Perkasa yang mahu meletakkan 50 calon bebas pada pilihan raya umum akan datang.

Boleh jadi Mahathir menempelak Ibrahim kerana dia berasa malu… Yela, sebelum ini Ibrahim kan orang kuatnya. Tapi tiba-tiba Ibrahim enggan menurut kemahuannya. Sebaliknya ‘membantu’ BN dalam pilihanraya. Tindakan Perkasa meletakkan calon nampaknya bakal merumitkan lagi usaha pembangkang untuk mewaskan BN.

Ibrahim malu dengan tindakan Mahathir berkawan semula dengan Anwar… Kerana pada zaman pemerintahan Mahathir dahulu… Ibrahim bersusah payah membantu menghalang Anwar dari menggulingkan bekas perdana menteri itu.

Namun selepas 18 tahun, slumber je Mahathir bertemu dan bersalaman dengan Anwar ketika Mahathir hadir di mahkamah bagi mendengar permohonan Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dah la jalin hubungan dengan DAP, kemudian berbaik pula dengan Anwar… Memang Ibrahim tak boleh terima la. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s