Guru Agama Di Selangor Diarah Kaji Pemikiran Anwar

4-copy

Mengejutkan apabila bekas ketua pembangkang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah liwat, telah dijadikan sebagai tokoh hinggakan seminar mengenainya iaitu Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan diadakan pada Isnin depan (26 November 2016).

Berdasarkan kandungan surat jemputan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 November yang kini tersebar di media sosial, jabatan itu menjemput semua guru Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di Petaling dan Klang menghadiri seminar berkenaan, yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di Shah Alam.

Entah apa tujuan seminar itu diadakan, namun ia jelas cuba mengangkat dan memartabatkan seseorang yang telah disabitkan dengan hukuman jenayah dan kini dipenjarakan di Sungai Buloh sebagai `wira’.

Ia menyebabkan banyak pihak mengecam keras penganjuran seminar terbabit, apatah lagi dengan tersebarnya surat di mana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjemput guru-guru di sekolah agama di bawah seliaannya untuk menghadiri seminar berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Malah penganjuran seminar itu, turut dilihat oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan sebagai bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu institusi agama di negeri itu berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dengan mengadakan satu program membincangkan pemikiran Anwar yang juga mendokong penentang kerajaan Bersih, bersekongkol dengan golongan pluralisme, liberalisme, biseksual dan transgender, ia telah mencabul titah baginda.

Apa perlunya pemikiran individu yang jelas membicarakan berkenaan persamaan semua agama lain diberi ruang serta dijadikan wadah perbincangan dalam satu program ilmu.

Banyak persoalan yang timbul susulan penganjuran seminar terbabit.

Apakah layak pemikiran seorang banduan yang secara jelas dijatuhkan hukuman bersalah kerana jenayah meliwat, dijadikan modal untuk mengupas pemikirannya dan kemudian dijadikan ikon anak muda?.

Dan tidak adakah tokoh-tokoh Islam lain yang boleh dijadikan sebagai idol dan dikaji pemikirannya? Jika kita membuka minda, banyak tokoh-tokoh terbabit yang boleh dijadikan contoh, bukannya Anwar Ibrahim. – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s