FAM Dedah Malaysia Tidak Akan Boikot Piala AFF Suzuki

10a-copy

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan bahawa Malaysia tidak akan memboikot Piala Suzuki AFF.. Sebaliknya skuad kebangsaan Harimau Malaya itu akan tetap meneruskan aksi yang berlangsung di Myanmar.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan meskipun pihak mereka dan skuad kebangsaan didesak agar memboikot perlawanan tersebut. Namun begitu, perkara tersebut tidak akan berlaku.

Suka atau tidak, skuad Harimau Malaya akan terus beraksi dalam Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Sabtu ini. Sementara itu, Hamidin sempat menasihati para pemain agar melupakan hasrat untuk memboikot kejohanan tersebut.

Adalah lebih baik jika mereka menumpukan sepenuh perhatian dan fokus kepada aksi terakhir menentang Myanmar. Niat untuk memboikot Piala AFF Suzuki harus dilupakan kerana sukan bola sepak tidak ada kena mengena dengan politik, agama, perkauman dan sebagainya.

Kalau iye pun nak tarik diri… Sepatutnya ia dilakukan pada awal-awal lagi… Bukannya dah separuh jalan, kemudian mahu berpatah balik. Lagi pun isu kekejaman tentera Myanmar terhadap Rohingya sudah lama berlaku, jadi kenapa sekarang baru nak boikot??

Tindakan netizen yang mendesak skuad kebangsaan dan FAM agar memboikot kejohanan tersebut, sedikit sebanyak telah mengganggu rentak dan fokus pemain. Yela, kenapa tiba-tiba bola sepak dan FAM pulak yang jadi mangsa.

Jika Malaysia berkeras mahu memboikot Piala AFF Suzuki sebagai bantahan terhadap penindasan berterusan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya…. Maka, FAM boleh dikenakan hukuman digantung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) oleh pihak Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Jadi adalah lebih baik Malaysia memlupakan niat untuk memboikot kejohanan tersebut. Ini kerana, pastinya ia akan memberi impak yang negatif kepada negara. Pihak FAM kini mengesahkan bahawa, Malaysia akan teruskan perlawanan menentang Myanmar… Namun masih menunggu persetujuan dalam mesyuarat Kabinet esok. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s