Badan Peronda Sukarela Ditubuhkan Untuk DAP Atau Rakyat?

3-copy

Selepas Mahkamah memutuskan untuk mengharamkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan DAP, kini Badan Peronda Sukarela (BPS) juga bakal menerima nasib yang sama.

Penubuhan BPS dilihat turut menyalahi peruntukan undang-undang negara selain dari tidak mendapat sebarang kebenaran serta kelulusan daripada sidang DUN.

BPS juga menggunakan wang rakyat melalui kerajaan DAP negeri bagi soal implementasi serta menjalankan kos operasi yang tidak langsung mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa.

Penubuhan BPS juga dipersoalkan oleh rakyat negeri ini kerana ianya hasil dari ciptaan kerajaan DAP negeri sahaja dan bukannya hasil inisiatif mahupun kerjasama dengan pihak berkuasa.

Seharusnya kerajaan DAP negeri tidak bertindak keterlaluan dan juga di luar batasan perundangan negara, khususnya di dalam soal keselamatan rakyat.

BPS yang dikatakan bertujuan menjaga ketenteraman awam dan keselamatan rakyat P.Pinang, sangat diragui kemampuannya kerana langsung tidak mempunyai sebarang latihan didalam soal berkenaan.

Kerajaan DAP juga seharusnya memikirkan soal keselamatan anggota BPS itu sendiri dari segi jaminan dan juga perlindungan kemalangan kerana mereka pastinya akan berdepan dengan pelbagai ancaman.

Apakah kerajaan DAP akan sekali lagi menggunapakai wang rakyat untuk memberikan insuran nyawa kepada anggota BPS, jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku?

Rakyat Pulau Pinang kini melihat penubuhan BPS hanyalah untuk memuaskan nafsu ‘syok sendiri’ DAP semata-mata kerana pihak Polis masih lagi mampu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Persoalannya kini adalah, betul BPS ditubuhkan untuk rakyat, ataupun ianya sekadar ditubuhkan bagi menjaga kerajaan DAP sekiranya apa-apa berlaku nanti?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s