Anwar Dakwa ‘Faham’ Isi Hati Maria Chin Sekarang Ini

6a-copy

Siapa lagi yang lebih arif dan memahami perasaan yang dialami oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sekarang ini, kalau bukan Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimana Anwar boleh memahami isi hati Maria??

Yela Anwar sekarang ni kan dipenjarakan atas kesalahan meliwat… Jadi dia faham benar la perasaan duduk di dalam penjara. Namun begitu, gara-gara simpati dengan nasib yang menimpa Maria.

Anwar menuntut agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab di atas penahanan Maria di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau Sosma.

Sementara itu, Anwar menjelaskan situasi yang pernah dialaminya dan besar kemungkinan dialami oleh Maria sekarang ini. Ujarnya makanan tak sedap dan keadaan tempat tidur yang kotor… Lebih teruk apabila Anwar tak cukup tidur.

Tambahnya, lampu terang dibiar terpasang dalam bilik tahanan siang dan malam… Dan Anwar dikenakan soal siasat yang tidak tentu waktunya dan amat mengelirukan.. Begitulah penjelasan Anwar yang pernah ditahan di bawah ISA di Batu Cantonment… Tempat yang mungkin Maria ditahan.

Sebenarnya apa yang golongan bersalah ni harapkan?? Adakah layanan umpama permaisuri dan raja, setelah korang buat jahat di luar sana?? Kalau pihak penjara beri layanan yang baik kat korang yang bersalah ni.

Alamatnya tak kisah la kalau korang keluar masuk penjara pun… Silap hari bulan, ada yang sengaja buat jenayah sebab nak dipenjarakan. Yela, sebab layanan kat penjara tu bak putera raja!

Mahu atau tidak… Suka atau benci… Maria harus tanggung akibat diatas kesalahan yang dilakukannya. Kita hanya mampu bersimpati… Namun itu jalan hidup yang Maria pilih, iaitu menjalani hidup di dalam lokap. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s