Akhirnya Pindaan Akta RUU 355 Dibentangkan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya berjaya membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau. RUU355, di Dewan Rakyat tengah hari ini.

Namun, Hadi yang juga merupakan Presiden PAS berkata, oleh kerana masih ramai yang tidak faham sepenuhnya mengenai isu itu, beliau memohon untuk membuat huraian pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Memandangkan pindaan ini memerlukan pemahaman yang jelas walaupun sudah ada secara bertulis yang sudah diedarkan kepada ahli Parlimen, namun masih ada lagi kekeliruan.

“Polemik dalam dewan ini melibatkan semua pihak walaupun RUU355 ini khusus untuk umat Islam sahaja, berkait bidang kuasa raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat maka saya mohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15/5,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Permintaan itu disambut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan menjelaskan beliau membenarkan permintaan Abdul Hadi berkenaan.

Saya izinkan usul ini disambung ke mesyuarat akan datang,” jelasnya.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.

Ia bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s