Zaman Mahathir, Rakyat Dikunci Mulut! Lagi Teruk!!

4a-copy

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan main lantang lagi dalam berkata-kata… Ujarnya “ beratus ribu keluar untuk tunjuk perasaan kerana kita ingin negara kita dibersih semula, supaya negara kita menjadi negara demokratik semula, tetapi Najib sudah hapuskan demokrasi”.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Mahathir ini dalam fikiran Gomez… Bunyinya sangat kelakar! Mungkin Mahathir ini hanya tahu melihat ‘kesalahan’ orang lain. Hakikatnya kesalahan diri sendiri terlupa… Mungkin Mahathir lupa tapi rakyat Malaysia tidak lupa kekejamannya.

Mahathir menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan demokrasi dan hak bersuara. Namun itu katanya! Hakikatnya negara masih membenarkan rakyat untuk berhimpun dan tunjuk perasaan. Jadi mana katanya hapus demokrasi tu?? Pihak polis pun tak halang dorang berhimpun, cuma tugas polis menjaga keamanan je.

Bukan macam zaman Mahathir dahulu… Selama 22 tahun pemerintahannya… Mulut rakyat dikunci dan dirantai rapat! Sesiapa sahaja yang bersuara bakal ditangkap dan didakwa dibawah Akta ISA… Lupakah kita pada tragedi Memali, dari Ops Lalang ke reformasi jalanan??

Itu semua berlaku pada zaman Mahathir… Dan apa yang berlaku apabila rakyat menentang pentadbiran Mahathir pada ketika itu?? Semuanya dipenjarakan dan disepak terajang oleh pihak polis. Namun lihatlah sekarang!

Pihak polis nak sentuh orang yang bersalah pun dah tak berani… Tampar sikit dah viral…Bila tangkap orang bersalah, pihak polis pula dipersalahkan. Apa ni?? Sedangkan orang yang cuba cetuskan huru-hara dan kacau bilau dalam negara pula korang pertahankan.

Tambah parah apabila ada sesetengah pihak yang menyokong kata-kata Mahathir, kononnya Najib telah hapuskan demokrasi! Butanya korang!! Mungkin korang bukan mangsa Mahathir yang ditangkap di bawah Akta ISA… Mungkin juga korang tak kena belasah dengan pihak polis ketika zaman Mahathir dan ketika menyertai himpunan reformasi jalanan.

Memalukan apabila sekarang Mahathir jaja cerita mengenai demokrasi di zaman Najib. Pernahkah korang mengenal erti kebebasan bersuara pada era Mahathir Mohamad? Melayu mudah lupa… Atau lebih tepat Mahathir sudah lupa!

Mahathir ibarat menepuk air di dulang… Terpercik ke muka sendiri! Rakyat dahulu terpaksa hadam apa sahaja yang dilakukan Mahathir, demi menjaga kedudukannya selaku perdana menteri selama 22 tahun. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s