Srikandi PPBM Buat Demonstrasi Untuk Bebaskan Maria Chin

15078689_695587987285944_5135297471390796533_n

Semalam puak BERSIH berhimpun di Dataran Merdeka, kononnya mahu mendesak pembebasan pengganas Maria Chin dan SOSMA di mansuhkan. Sejak dari dulu negara mempunyai undang-undang, namun puak baju kuning masih meroyan mahu Maria dibebaskan serta-merta.

Dikhabarkan Tun Mahathir pun turun padang menyokong tindakan baju kuning mendesak Maria dibebaskan. Nampaknya makin besar kepala penyokong BERSIH, Mahathir pula sanggup menjadi balaci Maria sehingga lupa negara ini mempunyai undang-undang. Memang patut SOSMA diwujudkan untuk melindungi negara daripada pengganas seperti mereka.

Bukan itu saja, hari ini Srikandi PPBM turut mengikut langkah Mahathir berdemonstrasi untuk menuntut kebebasan Maria. Kononnya Maria tidak patut ditahan kerana perhimpunan kali ini disifatkan sebagai perhimpunan aman dan tidak mengancam demokrasi negara. Menurut Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin, beliau tidak bersetuju Maria ditahan dan menyelar tindakan SOSMA sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

Sehubungan itu, program ‘Wanita bergerak untuk Maria’ akan dilancarkan hari ini. Beliau menyeru semua wanita turun memberi sokongan dan menyertai demonstrasi yang bermula daripada Padang Merbok hingga ke Parlimen. Anina kononnya simpati terhadap anak-anak Maria yang risaukan ibu mereka di penjara.

Sepatutnya, Anina lebih risau mengenai rakyat yang telah termakan dengan hasutan dan propaganda yang telah dilakukan Maria selama ini. Individu yang tidak tahu bersyukur memang patut dikenakan tindakan seperti itu. Selama ini Maria tidak serik mencalar imej negara di mata luar dengan menganjurkan BERSIH.

Disebabkan politik, undang-undang negara sanggup ditentang demi menyelamatkan rakan pengganas. Demonstrasi jalanan yang dianjurkan ini belum tentu berjaya membebaskan Maria. Sama seperti himpunan BERSIH, ia tidak memberi apa-apa perubahan kepada kerajaan, Perdana Menteri masih orang yang sama dan ekonomi juga tidak berubah selepas himpunan itu.

Gerakan selamatkan Maria dilihat hanya membazir masa dan tenaga. Pembangkang sibuk mendesak Maria dibebaskan, termasuk mengadakan rusuhan di jalanan semata-mata untuk menunjukkan perjuangan mereka itu suci di mata rakyat, sehingga sanggup menentang undang-undang sedia ada. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s