Puteri UMNO Gesa Komuniti Antarabangsa Selesai Isu Rohingya

pelarian-rohingya

Kerajaan Myanmar harus diberikan tekanan kerana hari ini mereka seperti dirasuk, sanggup membunuh etnik Rohingya di Rakhine. Pekara ini harus dikutuk sekeras-kerasnya kerana mereka seolah-olah sudah hilang sifat kemanusiaan.

Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin berkata, tekanan ini bukan saja harus diberikan kepada Myanmar tetapi ia juga perlu diberikan kepada Bangladesh kerana mereka turut bersekongkol. Bangladesh dikatakan bertindak menutup semua pintu sempadan dan akses bantuan kemanusiaan ke negara itu.

Kedua-dua negara ini perlu diambil tindakan tegas ekoran semakin banyak pertindasan yang berlaku terhadap etnik Rohingya disana. Oleh itu, Puteri UMNO menggesa badan komuniti antarabangsa meletakkan tekanan kepada kedua-dua kerajaan tersebut untuk memastikan etnik Rohingya bebas daripada sebarang ancaman.

Pada mulanya penindasan ini dimulakan oleh pelampau Buddhis, kini ia turut dilakukan sendiri oleh tentera Myanmar. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), ASEAN, Pertubuhan negara Islam (OIC) dan kesatuan Eropah dilihat hanya berdiam diri mengenai pembunuhan melampau ini. Kerajaan Myanmar juga tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak, itu menjadikan mereka lebih liar.

Bagi Puteri UMNO, perkara ini tidak harus dibiarkan dan mereka turut kesal dan sedih melihat etnik tersebut dibunuh beramai-ramai di Maungdaw dan Rahkhine. Mereka juga mendesak perkara ini dihentikan segera dan turut menggesa PBB bertindak cepat menghantar pasukan pengaman untuk menghentikan usaha pembersihan etnik Rohingya.

Gerakan Puteri UMNO turut mengecam Aung San Suu Kyi kerana beliau dilihat tidak memainkan peranan bagi membantu masalah yang dihadapi oleh etnik itu. Hadiah Nobel Perdamaian yang telah diberikan kepada Suu Kyi perlu ditarik balik kerana ia tidak selari dengan apa yang berlaku hari ini.

Tindakan kerajaan Myanmar dan sikap Suu Kyi jelas menunjukkan mereka melanggar hak asasi manusia. Dalam pada itu, Puteri UMNO mahu menuntut janji pemerintah Myanmar tahun lalu untuk memberikan komitmen verifikasikan kewarganegaraan kepada etnik Rohingya, dan menghulurkan bantuan kepada mereka bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Semangat ini yang perlu ada didalam diri seluruh rakyat, sepatutnya perhimpunan BERSIH 5 perlu membawa isu kemanusiaan supaya mereka lebih sedar. Mereka seharusnya bersyukur kerana mempunyai negara yang masih aman dan pemimpin yang berfikiran waras. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s