Muhyiddin Dakwa Bersih Bukan Punca Keganasan

3a-copy

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak mempertahankan tindakan Bersih yang selama ini telah mencetuskan huru-hara di negara ini. Ujarnya Bersih bukanlah punca kepada segala keganasan yang berlaku.

Walaupun Bersih 5 pada kali ini berjaya dikawal oleh pihak polis… Malah himpunan yang diadakan boleh dikategorikan sebagai aman, walaupun beberapa kekecohan turut berlaku. Namun Muhyiddin harus ingat tentang apa yang berlaku pada Bersih 4 dahulu.

Jadi adalah sangat janggal apabila Muhyiddin sifatkan Bersih bukan penyebab berlakunya kekecohan di negara ini. Konon penglibatannya dalam himpunan itu adalah bagi menuntut pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia.

Himpunan haram itu diibaratkan sebagai himpunan politik dan bukannya keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara. Tak ancam negara ke?? Peserta Bersih siap ada yang bawa parang dan buku lima! Tak ganas lagi ke macam tu?

Mujur pihak berkuasa cekap dan berjaya mengesan ‘kehadiran’ senjata merbahaya tu… Kalau tidak, pastinya sekali lagi berlaku pertumpahan darah. Macam tu ke bukan keganasan yang Muhyiddin maksudkan?! Kalau yer pun nak jadi balaci Bersih… Jangan sampai tergadai negara dan rakyat.

Bersih punca kepada segala kekacauan di Malaysia… Tujuan asal himpunan Bersih 5 sebenarnya adalah untuk agenda peribadi… Mahu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan. Desakan menuntut pilihan raya yang bersih dan telus, hanyalah wayang bagi menipu rakyat. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s