Mahathir Patut Pindah Ke Bosnia Dari Terus Buat Kacau Di Malaysia

1a-copy

Viral di media sosial kononnya seorang warga Bosnia ini menyekolahkan rakyat Malaysia yang dikatakan tidak tahu untuk menghargai pengorbanan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ujarnya, rakyat Bosnia sanggup membayar berapa pun harganya demi mendapatkan Mahathir sebagai pemimpin mereka.

Tidak dinafikan memang ada pengorbanan dan sumbangan yang dilakukan Mahathir kepada rakyat Malaysia sepanjang pemerintahannya. Namun begitu, apa yang dilakukan oleh Mahathir kini langsung tidak boleh diterima akal.

Jadi daripada Mahathir terus buat kacau di Malaysia… Adalah lebih baik dia segera berpindah ke Bosnia. Memandangkan masyarakat di sana sangat memerlukan perkhidmatannya sebagai pemimpin. Kalau Mahathir ada di Malaysia pun, buat huru-hara je.

Kenapa Mahathir tak pindah je pergi Bosnia… Lagipun di sana Mahathir boleh mengumpulkan berapa banyak harta yang di suka. Ditambah pula masyarakat Bosnia sanggup memberikan apa sahaja demi mendapatkannya.

Daripada rakyat Bosnia dok mengutuk rakyat Malaysia yang menentang Mahathir… Lebih baik dorang beli Mahathir cepat-cepat. Mungkin rakyat Bosnia hanya tahu pengorbanan yang dilakukan Mahathir… Tapi mereka buta dengan kekejaman yang pernah dilakukannya selama menjadi pemerintah.

Biasalah… Yang baik je Mahathir ni tunjuk tapi kezaliman dan kekejamannya selama ini disorokkan… Orang luar lihat Mahathir kini umpama dia menjadi mangsa kekejaman rakyat. Padahal dorang tak tahu, selama 22 tahun rakyat telah menjadi hamba kepadanya. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s