Jamal Yunos Buat Lagu Istimewa Untuk Bersih 5!

5a-copy

Tiga hari terkurung dan menjadi tahanan di dalam lokap… Sedikit sebanyak mungkin memberi ilham kepada ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos untuk menghasilkan lagu istimewa kepada kumpulan Bersih 5.

Tempoh tiga hari itu memberi masa yang cukup untuk Jamal menghasilkan lagu mengenai kegagalan himpunan Bersih 5 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu. Lagu apa pulak yang dicipta Jamal ni?? Agak-agak boleh masuk Anugerah Muzik-Muzik tak??

Sebenarnya lagu yang dicipta Jamal ini lebih kepada lagu untuk mengejek kegagalan himpunan Bersih 5 pada kali ini. Tidak berjaya dan kurang mendapat sambutan seperti Bersih 4 pada sebelum ini. Kegagalan Bersih 5 menggelikan hati sesetengah pihak.

Lirik lagu yang dicipta Jamal ni simple je… Ala macam lagu zaman kanak-kanak dahulu. Malah rakaman video berdurasi 11 saat itu menjadi viral di media sosial. Dalam video tersebut Jamal berkata “Saya mahu menyampaikan sebuah lagu untuk Bersih 5,”.

Ketua UMNO Cawangan Sungai Besar kemudiannya menyanyikan lirik “Bersih 5 gagal” berulang-ulang kali sembil mengejek menggunakan simbol tangan. Hahaaaa… Macam kelakar pulak video lagu khas untuk Bersih 5 ni.

Tapi apa pulak reaksi kumpulan Bersih setelah melihat video lagu khas ejekan dari Jamal ni?? Adakah Maria Chin Abdullah pula yang akan cipta lagu khas untuk kumpulan Baju Merah, setelah dia dibebaskan dari lokap nanti?? Haha!

Macam budak-budak la korang! Haish! Jamal sebelum ini ditahan polis pada pukul 1.30 pagi hari Sabtu lalu, kurang 12 jam daripada perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur. Dia kemudiannya dibebaskan dari Ibu Pejabat Balai Polis Ampang Jaya selepas tempoh reman selama empat hari tamat. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s