Ibrahim Ali Akan Buat Barisan Nasional Menang Mudah Pada PRU14

perkasa-boss

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, pertubuhan itu akan meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU14. Kenyataan beliau berjaya membuatkan pembangkang meroyan kerana PERKASA seolah-olah mahu menyekat agenda pembangkang untuk bersatu dalam satu komponen pada PRU14 bagi menentang UMNO/BN.

Tindakan PERKASA itu dilihat memberi kesan baik kepada BN, walaupun ia merupakan bencana kepada pembangkang. Hal ini kerana kehadiran PERKASA sudah tentu akan memecah-belahkan undi Melayu. Tetapi ia lebih cenderung kepada perpecahan undi pembangkang.

Pengundi Melayu di dalam pembangkang akan bertambah teruk kerana mereka sudah tidak bergabung bersama PAS. Jika hanya mengharapkan parti baru seperti PAN dan PPBM, kedua-dua parti tersebut belum mempunyai penyokong yang begitu ramai berbanding PAS yang sudah lama menapak dalam dunia politik.

Justeru, kehadiran PERKASA dalam PRU14 lebih cenderung kepada kemusnahan pembangkang. Jadi tak hairan keputusan ini dikatakan memberi kelebihan kepada UMNO/BN untuk menang selesa. Mungkin kemenangan dalam PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu akan berulang dalam PRU14.

Mungkin juga, Ibrahim kecewa kerana sebelum ini beliau tidak diberikan jawatan didalam mana-mana parti politik, terutamanya parti yang ditaja oleh sahabatnya Tun Mahathir. Boleh jadi, semua ini disebabkan dendam peribadi, dengan itu PERKASA di bawa ke kancah politik untuk beradu nasib pada PRU14 nanti. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s