Bersih Bela Nasib Ahli PAS Yang Bakal Dikenakan Tindakan

9a-copy

Anggota-anggota parti PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 5 pada Sabtu lalu, sekarang ini sedang bermain teka teki mengenai nasib yang bakal menimpa mereka. Ini ekoran daripada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini memberi amaran akan mengenakan tindakan disiplin parti bagi mana-mana ahli PAS yang sertai Bersih 5.

Bertindak diatas amaran itu, Bekas pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman selaku wakil Bersih memberi jaminan bahawa anggota PAS yang menyertai perhimpunan tersebut adalah wajar kerana ia bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Jadi amat tidak munasabah jika parti PAS mengambil tindakan disiplin terhadap anggota PAS yang menjalankan kerja-kerja yang ‘mulia’ tesebut. Mungkin Bersih kini mahu menjadi penyelamat kepada anggota PAS yang sanggup mengabdikan diri mereka demi Bersih.

Mungkin juga kalau anggota PAS dikenakan tindakan disiplin… Bersih bakal bertanggungjawab terhadap mereka. Bagi Ahmad Lutfi, tindakan disiplin yang mahu dikenakan adalah tidak patut kerana sebelum ini PAS pernah menjadi tunjang utama dalam menggerakkan Bersih 1 sehingga Bersih 3.

Kononnya Bersih dahulu dan kini adalah sama…. Tak pernah terpesong daripada agenda dan perjuangan asal. Yela tu, sebenarnya dari dulu sehingga sekarang perjuangan Bersih tak pernah bawa sebarang perubahan. Malah agenda yang dibawa juga entah apa-apa.

Namun begitu, ujar Ahmad Lutfi, siapalah dia untuk menghalang PAS daripada mengenakan tindakan terhadap ahlinya. Ditambah pula dengan dia kini yang tidak lagi ada kepentingan dan telah uzur. Haaa, elok la… Kalau dah tahu uzur, elok mengadap tikar sejadah je. Tak perlu nak bela orang yang salah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s