Aktivis OKU Sanggup Berlapar Demi Maria Chin

2a-copy

Aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU), Isaiah Jacob menyampaikan hasratnya yang sanggup berlapar demi Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah. Aktivis OKU tersebut melakukan kerja sia-sia tersebut demi menuntut pembebasan pengerusi Bersih tersebut.

Isaiah menyampaikan hasratnya itu ketika menghadiri momentum vigil di Dataran Merdeka, semalam. Momentun vigil itu diadakan bagi mendesak pembebasan Maria dan ia dihadiri hampir 1,000 penyokong Bersih.

Ikrar Isaiah yang mahu mogok lapar itu akan dilakukannya sehingga Maria dibebaskan. Eshhh.. Eshhh…. Eshhhh… Dah la kurang dari segi fizikal, lepas tu sanggup nak berlapar pulak.. Nanti kalau memudaratkan kesihatan nak salahkan siapa?? Siapa yang nak bertanggungjawab?? Maria Chin ke??

Kononnya walaupun kurang upaya tetapi ketahanan mentalnya kuat daripada orang biasa… Isaiah ni bukan sahaja nak mogok lapar. Tapi dia juga sanggup bermalam di Dataran Merdeka bermula pada hari Jumaat, sehinggalah hari Maria dibebaskan.

Kononnya Isaiah ni sanggup lakukan apa sahaja demi Maria dan negara… Yang dia ni beriya-iya sangat nak buat semua tu demi Maria, dah kenapa?? Skandal Maria ke Isaiah ni?? Hahaha! Apa yang dia dapat hingga sanggup bersusah demi Maria tu??

Himpunan tersebut diadakan ekoran daripada penahanan Maria Chin pada 18 November lalu, sehari sebelum himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur diadakan.

Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). Antara yang turut hadir adalah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s