Adun PKR Seberang Jaya Anggap Najib Sebagai Penipu, Pembohong Dan Penyangak

3-copy

Adun PKR Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menuduh Perdana Menteri, DS Najib Razak sebagai seorang perompak besar yang merompak wang rakyat didalam negara.

Beliau membuat tuduhan tersebut semasa membahas pembentangan resolusi membantah Akta Sosma untuk membebaskan Maria Chin Abdullah di Sidang DUN.

Adun berkenaan juga menganggap Najib sebagai penipu, pembohong dan penyangak didalam negara Malaysia kerana didakwanya tidak telus didalam menyiasat isu 1MDB.

Afif juga dengan tegas menuduh Najib sebagai perompak didalam negara dan juga merompak masa depan serta maruah rakyat Malaysia, yang mungkin disifatkannya hidup lebih baik dizaman sebelum ini.

Selain melemparkan pelbagai fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Afif kemudiannya bertindak menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan liar sehingga menimbulkan kekecohan didalam Sidang DUN tersebut.

Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang bangun menasihatkan Adun PKR tersebut agar jangan keterlaluan menghina Perdana Menteri dan parti UMNO, bagaimanapun ‘dihalau’ keluar dewan.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Law Choo Kiang dari PKR Bukit Tambun telah mengarahkan Adun Pinang Tunggal keluar dewan kerana disifatkan sebagai mengganggu perjalanan perbahasan.

Roslan yang kemudiannya ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri meluahkan rasa kecewa beliau kerana mendakwa Speaker Dun tidak adil didalam membuat keputusan.

Menurut beliau, speaker seharusnya mengawal kelakuan Adun Seberang Jaya yang sangat keterlaluan memfitnah Perdana Menteri serta UMNO dengan pelbagai tohmahan.

Roslan juga kesal kerana Adun Seberang Jaya tidak mengenang budi dan lupa pada jasa UMNO yang banyak membantu beliau serta keluarganya sehingga mampu berjaya seperti sekarang.

Adun Seberang Jaya itu juga seharusnya bersyukur kerana beliau lahir didalam keluarga yang menyokong UMNO dan juga dibantu oleh UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s