ADUN DAP Desak Guan Eng Bercuti Hingga Kes Rasuah Selesai

7a-copy

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP terus mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng segera mengambil cuti ekoran daripada dirinya disahkan terlibat dengan dua pertuduhan rasuah.

ADUN DAP dari Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu tidak berpuas hati dan mempersoalkan mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang terus mengekalkan Guan Eng pada kedudukannya sebagai Ketua Menteri, walaupun pemimpin itu terpalit dengan pertuduhan rasuah.

Tidak adil bagi pemimpin yang terpalit dengan kesalahan jenayah rasuah tetapi masih dibiarkan bebas mentadbir negeri. Bahkan, jika reformasi pengasingan kuasa dilakukan secepat mungkin… Kerajaan negeri pastinya akan lebih berjaya dalam menjamin kepentingan awam.

Sementara menunggu siasatan terhadap dua kes pertuduhan rasuah yang membabitkan Guan Eng selesai… Jadi wajar bagi tata kelola negeri mengarahkan pihak terlibat untuk bercuti, sementara sehingga keputusan daripada pihak kehakiman diputuskan.

Suka atau tidak… Perkara tersebut harus dilakukan kerana ia dianggap sebagai sangat serius! Hairan kenapa pihak kerajaan negeri masih mahu menyimpan Guan Eng sebagai Ketua Menteri mereka?? Tindakan tersebut boleh mempengaruhi kewibawaan dan integriti pentadbiran.

Bukan tu je, sikap sambil lewa tersebut langsung tidak melambangkang slogan kerajaan negeri tersebut iaitu ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ (CAT). Slogan tersebut juga langsung tidak melambangkang apa yang dilakukan Guan Eng selama ini. Slogan hanya tinggal slogan je.

Sepatutnya kerajaan negeri perlu lebih progresif dan peka dengan sebarang krisis yang melanda… Ini bagi menerapkan amalan pengasingan kuasa dengan lebih berkesan tanpa dipengaruhi oleh agenda serta kepentingan peribadi sesetengah pihak.

Sedangkan ADUN DAP sendiri mengkritik pentadbiran dan kerajaan negeri yang berada di bawah pengaruh Lim Guan Eng! Jelas ini menunjukkan bahawa Guan Eng tidak mengamalkan apa yang tertera pada slogan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s