Zairil Khir Johari Cuba BUNUH Bolasepak Pulau Pinang

7-copy

YB Zairil Khir Johari ramai dah tahu yang dia sekarang memegang jawatan pengurus pasukan Pulau Pinang. ‘Zero knowledge about football’ tiba-tiba dilantik sebagai pengurus. Keputusan melantik si Zairil ini dibuat oleh kerajaan negeri dan FAP terpaksa ikut.

Sejak seminggu lalu, heboh di media sosial berkenaan bekas jurulatih Bengaluru FC bakal dilantik sebagai ketua jurulatih Pulau Pinang dan semalam bocor di media sosial, gambar Ashley Westwood datang meninjau di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan. Gambar itu diklasifikasikan sebagai ‘P&C’ tapi keterujaan satu page telah mengakibat gambar tersebut tersebar..

YB Zairil Khir Johari yang ‘zero knowledge’ pasal bolasepak cuba berlagak pandai dan seperti tahu macam-macam. Pulau Pinang hingga kini masih tiada jurulatih dan pemain-pemain baru akibat dari sikap Zairil yang ‘terlalu berhati-hati’ dan ‘baik hati’.

Menurut sumber, YB Zairil Khir Johari memberikan tempoh yang panjang bagi Ashley Westwood membuat keputusan, sama ada mahu menyertai Pulau Pinang atau tidak. Begitu juga dengan pemain-pemain sedia ada, apabila Zairil melanjutkan tempoh tandatangan kontrak hingga 25 November 2016.

Difahamkan ramai pemain-pemain Pulau Pinang tidak berpuas hati dengan cara YB Zairil Khir Johari menguruskan kontrak mereka, dan ada yang bercadang untuk berhijrah keluar dari pasukan ini kerana rasa bimbang dengan masa depan mereka yang tidak menentu di sini.

Masa semakin suntuk buat Pulau Pinang kerana Liga Super 2017 akan bermula kurang dari 2 bulan lagi. Semakin hari semakin ramai pemain-pemain yang dikhabarkan sebelum ini bakal menyertai Pulau Pinang telah menarik diri, apabila ketidaktentuan pasukan ini dalam Liga Super 2017.

Ashley Westwood sepatutnya memberikan jawapan pada minggu ini. Selewat-lewatnya Khamis ini, sama ada mahu bersama Pulau Pinang atau tidak.

Tetapi YB Zairil Khir Johari bagi tempoh yang panjang untuk Ashley Westwood fikir dulu. Jika jawapannya TIDAK, agaknya apa akan jadi? Seminggu masa telah terbuang. Sekurang-kurangnya lagi seminggu dua di perlukan untuk mencari jurulatih baru. Kalau jawapannya YA, ianya tetap mengundang risiko kehilangan pemain.

Itulah dilema yang terpaksa ditanggung oleh Presiden FAP. Kalau kata nanti, silap-silap tak dapat sponsor sebab Zairil adalah individu yang menguruskan dana antara FAP dan Kerajaan Negeri. Kalau tak kata, macam ni la jadinya.

Kesimpulannya sekarang ini YB Zairil Khir Johari cuba ambil risiko dengan memperjudikan masa depan Pulau Pinang, dan tiada apa yang FAP boleh lakukan ketika ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s