Sekolah Untuk Jadi Nabi Kini Dibuka

Kalau dulu golongan nabi yang kita tahu, adalah golongan yang telah dipilih dari insan yang dipilih oleh Allah S.W.T.. Tapi sekarang ni siapa pun boleh jadi nabi, tak payah dipilih dari insan terpilih dah.. Dah ada sebuah sekolah yang telah dibuka untuk jadi Nabi, siapa masuk sekolah tu bila dah habis belajar akan dapat gelaran Nabi, bodoh betul kan!!

Ingat gelaran nabi ni boleh sesuka hati je ke nak diberi pada mana-mana individu yang tak layak.. Ini semua sekolah ajaran sesat, sebuah sekolah di Israel dah pun dibuka dan mana-mana pelajar yang tamatkan pengajian akan mendapat gelaran ‘Nabi’..

Sekolah ajaran sesat ini diberi nama ‘Cain and Abel School for Prophet’ akan bagi tawaran pembiayaan pada mana-mana pelajar yang berminat nak dapat gelaran nabi.. Mengikut ajaran sesat kat sekolah tu, setiap pelajar tak payah bersusah payah nak dapat gelaran nabi.. Tak payah belajar agama susah-susah, dapat gelaran nabi macam pergi belajar sekolah biasa ja weh..

Nak dapatkan gelaran nabi, pelajar hanya perlu ikuti 40 kelas singkat ja beb!! Bila dah ikut setiap 40 kelas singkat dan lulus semua ujian, pelajar akan diberi sijil.. Masuk sekolah tu pun tak ada peraturan ketat, setiap pelajar boleh pergi kelas pakai baju biasa, boleh bawa telefon atau gitar..

Lepas habis belajar pelajar tak akan dilarang untuk merokok, nak merokok pelajar boleh merokok kat luar kelas.. Senang betul jadi nabi kalau macam tu kan.. Guru sekolah tu Shmuel Hapartzy percaya, sekolah tu dibuat sebab nak sambut nabi baru.. Kepala bana dia sambut nabi baru dengan buat sekolah untuk nabi, ingat Harry Potter ke ada sekolah untuk budak-budak yang ada kuasa magik..

Dah la banyak manusia yang mengaku nabi sekarang ni, ini nak tambah pulak buat sekolah nabi untuk sesatkan lagi umat agama Islam dengan ajaran pelik-pelik.. Harap jangan la ada umat Islam yang terikut dengan ajaran sesat macam ni.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s