Salleh Man Kini Ahli PAS Atau PAN??

5a-copy

Tertanya-tanya juga apa sebenarnya status wakil rakyat PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man ni?? Bukan apa, bunyinya seperti Salleh Man ini masih lagi menjadi anggota parti PAS… Namun tindakannya yang terjerumus ke arah parti DAP Pulau Pinang itu, memberi tanggapan negatif pada sesiapa yang menilainya.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad mempersoalkan kedudukan sebenar Salleh Man sekarang ini sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Kerana Salleh Man dilihat mempunyai hubungan baik dengan DAP.

Tindakan yang dilakukan Salleh Man kini jelas sangat bertentangan dengan prinsip parti Islam tersebut… Bukan itu sahaja, tindakan Salleh Man jelas seperti menolak pendirian PAS pusat yang selama ini menolak segala kerjasama dengan bekas rakan sekutunya, iaitu DAP.

Akibat daripada itu, Farid dalam satu kenyataan mendesak agar Ahli Parlimen Permatang Pasir itu segera memberi penjelasan mengenai status dan kedudukan sebenarnya dalam PAS. Atau mungkin Salleh Man kini sudah menjadi anggota Parti Amanah Negara (PAN).

Sekarang ini kita dapat lihat bagaimana begitu ramai anggota parti PAS yang tidak jelas kedudukan sebenar mereka. Baru-baru ini, seramai enam orang anggota parti PAS dilihat hadir dalam himpunan Bersih 5 yang diadakan pada Sabtu lalu.

Walau pada hakikatnya, PAS menolak sekeras-kerasnya himpunan Bersih 5 kerana ia dianggap bertentangan dengan matlamat dan pendirian yang dibawa PAS. Menghairankan, kenapa begitu ramai anggota PAS yang tidak menghormati pendirian PAS sehingga mereka sanggup bergaul mesra dengan DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s