PAS Setuju Kerjasama Dengan UMNO Demi Kepentingan Umat Islam

umno-pas

Kerjasama politik antara PAS dan UMNO boleh memperkukuhkan hubungan dan perpaduan Melayu-Islam. Kerjasama ini juga bukan seperti kerjasama yang telah berlaku di antara PPBM dan Pakatan Harapan. Mereka bersepakat kerana mahu menambah kekuatan menentang BN pada PRU14 nanti.

Pakatan UMNO dan PAS ini dilihat relevan kerana ia tidak memikirkan mengenai politik, sebaliknya pakatan ini dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam. Pakatan Harapan juga mempunyai ramai barisan pemimpin Islam, tetapi mereka terlalu leka mengejar jawatan sehingga tidak mempedulikan individu yang cuba merosakkan akhlak rakyat.

Dalam BERSIH 5, golongan LGBT turut hadir memberikan sokongan mereka untuk menggulingkan kerajaan. Namun, rata-rata pemimpin Islam yang turun berdemo tidak mengambil apa-apa tindakan kerana mengejar jumlah penyokong untuk menunjukkan himpunan itu mendapat sambutan rakyat.

Sehubungan itu, menurut Datuk Mohd Khairuddin (PAS-Kuala Nerus), mereka mempunyai dasar perjuangan tersendiri. Pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan UMNO, terutamanya melibatkan kepentingan umat Islam. Beliau turut menegaskan tiada masalah untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.

Dalam kenyataan beliau, PAS juga tiada sebab untuk ambil jalan bersendirian bagi menegakkan agama. Jadi, hubungan PAS bersama UMNO merupakan satu gandingan hebat kerana kerjasama ini dituntut untuk menyelamatkan umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu, PAS dilihat sudah dapat menerima sedikit sebanyak dasar UMNO terutamanya yang melibatkan kepentingan Islam, kerana ia selaras dengan perjuangan parti itu selama ini. Kerjasama ini juga telah membuka peluang baru untuk PAS supaya kekal relevan dalam politik. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s