PAS Mahu Rampas Semula Kedah Dari BN

2a-copy

PAS Kedah dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa parti itu mahu merampas semula Kedah dari pentadbiran Barisan Nasional (BN). PAS Kedah bersama ahli-ahlinya mendakwa, tidak akan memberi jalan yang mudah bagi BN untuk mempertahankan kedudukan mereka di negeri tersebut.

Malah PAS Kedah nekad untuk menghancurkan impian BN yang mahu memonopoli majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Parti itu berkata demikian bagi menidakkan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di konvensyen parti tersebut yang lalu.

Bukan itu sahaja, PAS Kedah turut mengibaratkan kenyataan Menteri Besar Kedah itu sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata. Kononnya ia sekadar cakap-cakap kosong dan cubaan untuk menyuntik semula semangat ahli-ahli UMNO yang dikatakan bercelaru akibat tertubuhnya parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dikatakan juga kenyataan itu sekadar mahu memujuk ahli-ahli UMNO untuk tidak meninggalkan parti, Iyeke?? PAS Kedah bercakap mengenai ‘kegagalan’ BN dalam merancang pembangunan ekonomi dan urustadbir negeri yang berkesan.

Cakap-cakap PAS Kedah ini umpama meludah ke langit terkena muka sendiri… Mungkin dorang terkena penyakit lupa Tun Dr Mahathir Mohamad. Lupakah mereka bagaimana PAS Kedah gagal untuk membangunkan Kedah ketika mereka memerintah dahulu??

Sedangkan isu balak di Kedah pun dorang tak boleh nak selesaikan…Tapi sekarang ni pandai pula dorang nak sekolahkan kerajaan BN. Kononnya jika PAS Kedah mendapat kepercayaan dari rakyat… Pastinya PAS akan dapat menerajui Kedah tanpa membawa sebarang masalah besar kepada rakyat.

Gomez nak tengok sejauh mana kehebatan PAS Kedah ni… Cakap kencang saja tak guna… Lawan dan menang dalam pilihanraya dahulu. Baru pertikaikan pentadbiran mana yang bagus dan cekap… Kalau pilihanraya pun tak mampu menang, macam mana nak cakap yang pentadbiran PAS lagi bagus?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s