Mukhriz Dakwa Kerajaan Tidak Jujur

15179056_1244807945580042_1754720672177561838_n

Bekas pemimpin UMNO yang bergelar pembangkang seperti sudah lupa daratan, termasuk lah dengan pemimpin PPBM, DS Mukhriz. Agaknya baru sekarang beliau bebas untuk bermuka-muka dan menunjukkan sikapnya yang buruk. Pemimpin pembangkang memang sedia maklum hanya tahu menabur finah dan memberontak.

Hari ini Mukhriz seperti sudah sebati dengan sikap dan ajaran pembangkang, sebab tu dalam setiap ceramahnya, kerajaan saja yang dipersalahkan. Jika dulu pembangkang dibenci, sekarang kerajaan dilihat menjadi musuh utama beliau. Dalam Dialog Rakyat yang berlangsung semalam di Wangsa Walk, beliau mendakwa kerajaan tiada integriti dalam mentadbir kerajaan.

Jika begitu, dulu pun beliau juga tidak berintegritilah.. Selama menceburi dalam bidang politik, beliau sudah bersama UMNO. Namun apabila kecewa, beliau mula mengatakan kerajaan tidak mempunyai integriti. Hakikatnya selama negara dibawah pentadbiran BN, semuanya berjalan dengan baik dan negara juga semakin maju mengikut arus semasa.

Para pelabur dikatakan semakin tertarik dengan Malaysia kerana mempunyai barisan pemimpin yang berintegriti. Sejak dari dulu UMNO menjadi tunggak utama negara, begitu juga semasa zaman Mahathir. Rakyat memilih UMNO/BN juga disebabkan integriti yang ditunjukkan dalam mentadbir negara dari setiap segi.

Perdana Menteri, DS Najib Razak mempunyai kaedah serta caranya tersendiri untuk mentadbir negara. Tetapi hari ini, legasi Mahathir seperti tidak sanggup menjadi bahan sejarah negara.. Mereka sengaja mahukan perhatian seperti memberi sokongan terhadap BERSIH 5. Sepatutnya mereka tidak perlu mencampuri urusan negara berlandaskan dendam peribadi.

Mukhriz juga dalam ceramahnya mendakwa, jika rakyat memilih pembangkang dalam PRU14.. Mereka akan menubuhkan satu kerajaan yang berwibawa dan berintegriti. Kita semua sedia maklum dengan sikap pembangkang, sejak dari dulu lagi barisan pembangkang tidak boleh bersepakat diantara satu sama lain. Kerjasama kali ini juga dilihat sebagai umpan untuk meraih undi kepada pembangkang bagi PRU14 nanti.

Sekiranya pembangkang menang, tidak mustahil negara akan menjadi kacau bilau seperti yang berlaku di dalam Pakatan Harapan. Selama ini sudah beberapa kali puak pembangkang mengadakan kerjasama tetapi ia tidak bertahan kerana masing-masing mempunyai agenda dan matlamat parti yang berbeza.

Mungkin juga PPBM akan berseteru bersama DAP setelah memiliki kerajaan, hal ini kerana puak DAP memang sudah lama berangan-angan mahu menjejakkan kaki ke Putrajaya. Jika masing-masing berebut kedudukan dan kuasa, negara tidak akan berubah. Kehidupan rakyat akan lebih tertekan kerana memilih pembangkang di PRU14.

Huru-hara seperti ini yang perlu kita elakkan kerana memang ada kemungkinan besar puak pembangkang akan merebut jawatan sebagai Perdana Menteri. Apa yang cuba disampaikan oleh pembangkang hanya angan-angan dan imaginasi mereka sebelum mentadbir kerajaan. Dakwaan bahawa kerajaan tidak jujur adalah senjata mereka untuk meraih undi rakyat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s