Mat Sabu Ramal PAS Bakal ‘Pupus’ Tanpa DAP

1a-copy

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak akan mampu memperoleh kemenangan dalam semua pilihanraya, sekiranya mereka memilih untuk tidak bersama dengan DAP.

Mohamad Sabu membuat ramalan tersebut setelah PAS sehingga kini, masih enggan untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP. Bukan itu sahaja, Mohamad Sabu atau nama panggilannya Mat Sabu turut menyatakan bahawa PAS juga tidak lama lagi akan pupus jika tanpa DAP.

Mat Sabu membuat pengiraan tersebut berdasarkan ‘hukum’ pilihanraya… Kononnya PAS tak akan mampu menang jika tanpa bantuan dari DAP. Iyeke macam tu?? Apa yang Gomez lihat sekarang ni, walaupun PAN dibantu oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)… PAN masih lagi kalah dalam pilihanraya.

Jadi bagaimana Mat Sabu boleh yakin yang PAS akan terkubur tanpa DAP?? Sedangkan PAN sendiri tak mampu menang dalam pilihanraya, meski pun mendapat bantuan dari kedua parti tersebut. Tindakan Mat Sabu ni bukan sahaja memalukan parti sendiri.

Malah secara tidak langsung PAN menunjukan bahawa dirinya dan parti telah menjadi khadam DAP… Sibuk membuat ramalan mengenai parti lain tapi parti sendiri tak kukuh pun. Mat Sabu sepatutnya mencari pengaruh parti sendiri daripada dok buang masa pertikaikan mengenai nasib parti lain.

Kalau PAN menang pada pilihanraya negeri yang lalu dengan sokongan mereka yang tersendiri… Haaaaa, tak kisah la sangat kalau dorang nak kondem PAS! Ini tidak, dorang pun tak mampu menang tapi sibuk dok ramal kononnya PAS bakal pupus jika tanpa DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s