Mahfuz Tak Kisah Dikenakan Tindakan Demi Bersih 5

8a-copy

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar nampaknya sedikit pun tidak kisah sekiranya dia dikenakan sebarang tindakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Bukan setakat tindakan disiplin parti je dia tak hairan… Silap-silap kalau dipecat dari PAS pun dia tak kisah.

Mahfuz mendakwa dirinya sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan oleh PAS, ekoran daripada penyertaannya dalam himpunan Bersih 5 yang diadakan pada Sabtu lalu di ibu kota Kuala Lumpur.

Kononnya Mahfuz sanggup berdepan apa sahaja tindakan kerana menganggap penyertaannya adalah satu syahid terhadap rakyat Malaysia. Kini dia menyerahkan segalanya kepada Jawatankuasa Disiplin PAS bagi memutuskan segalanya.

Ujar Mahfuz, tindakannya menyertai Bersih 5 dilakukan semata-mata demi rakyat… Malah langsung tidak memikirkan mengenai prinsip yang dipegang serta pendirian yang dibawa PAS selama ini. Adakan maksud Mahfuz ini, bermakna dia menuduh PAS tidak mempedulikan rakyat??

Yela, kerana katanya dia sertai Bersih 5 sebab rakyat… Jadi bila PAS tak sertai Bersih 5 ini, bermakna PAS tak ambil peduli mengenai rakyat ke?? Kononnya Bersih 5 ni langsung tak gugat keamanan dan perpaduan rakyat.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang memberi amaran kepada mana-mana anggota parti yang dikesan menyertai perhimpunan Bersih 5… Mereka ini akan dikenakan tindakan dari Jawatankuasa Disiplin parti.

Maknanya Mahfuz sekarang ini langsung tidak kisah jika tindakannya sertai Bersih 5 itu, akan mengakibatkan dirinya dipecat dari PAS. Kalau dia dipecat, maknanya senang la dia nak jadi hamba pada DAP dan parti cap bunga. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s