Mahathir Kini Pejuang Kebebasan Maria Chin

4a-copy

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini bukan sahaja sanggup mengabdikan dirinya demi DAP dan Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tapi kini Mahathir sanggup memperbodohkan dirinya demi Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.

Mahathir kini dilihat menjadi pejuang kepada kebebasan Maria, apabila dia dilihat hadir ke Dataran Merdeka bagi memberi sokongan terhadap himpunan mendesak pembebasan Maria yang ditahan pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, kebodohan Mahathir kian terserlah apabila dia turut melaungkan “Bebas Maria, Bebas Maria” bersama dengan beratus-ratus penyokong Bersih dalam himpunan yang diadakan semalam.

Dalam pada itu, sempat lagi Mahathir mengkritik dan menghina pentadbiran negara dengan mendakwa negara kini ditadbir oleh kepimpinan kleptokratik. Bagi meracun pemikiran rakyat… Mahathir mendakwa pemimpin Bersih bukan sahaja ditangkap, malah mereka diseksa.

Kononnya Mahathir sedih bila melihat Maria dikurung dalam penjara. Haha! Agak-agak la nak tuduh pihak polis seksa pemimpin Bersih… Zaman Mahathir dulu boleh la, pihak polis bertindak kejam terhadap golongan Bersih. Siap belasah terajang di tempat awam… Tak percaya, korang tengok video viral pada zaman Mahathir dulu.

Lihat betapa kejamnya Mahathir… Malah dia turut menghumban sesiapa sahaja yang menghentamnya ke penjara. Jadi sekarang ni Mahathir nak tuduh yang perbuatan kejam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ni kejam?? Helloooo… Cermin diri sendiri tu dulu okey!

Cakap macam diri tu malaikat je… Lupa ke, bagaimana dia humban Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu ke penjara?? Hanya kerana mereka mempertikaikan pentadbirannya. Jadi sekarang Mahathir nak salahkan Najib pulak!

Haha, kelakar! Lagi kelakar bila Mahathir berlakon kononnya nak membela Maria. Berdrama tak sudah! Maria Chin sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada Jumaat lepas.

Dia kini disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s