Kim Jong Kook Dedah Rahsia Besar Kenapa Beliau Tidak Sertai Program Khidmat Negara Korea Selatan

Selebriti terkenal, Kim Jong Kook atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Sparta’, bukan lah satu nama yang asing lagi di Korea dan negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia, China serta banyak lagi lah.. Selebriti ni terkenal menerusi program realiti hiburan popular ‘Running Man’..

Program realiti tu telah mengangkat namanya hingga dikenali diseluruh dunia.. Bila dah bergelar ‘public figure’, memang tak lari dengan kontroversi.. Begitu jugak dengan Jong Kook.. Miss dengar Jong Kook dikritik hebat bila keengganannya untuk menyertai perkhidmatan wajib tentera Korea Selatan, baru-baru ni..

U’olls pun tahu kan, lelaki-lelaki negara sana diwajibkan menyertai khidmat tentera selama dua tahun.. Isu panas yang menghimpit Jong Kook ni bukannya baru lagi.. Tak silap Miss beberapa tahun yang lalu, isu ni pernah jugak jadi bualan hangat.. Tapi kini dibangkitkan kembali dan hangat diperkatakan..

Dek kerana tak tahan dengan kritikan ramai, Jong Kook mendedahkan punca dia tak menyertai tentera dengan memuat naik gambar X-ray tulang belakangnya yang bengkok dan menjelaskan, masalah kesihatan yang dialaminya yang dikenali Skoliosis di akaun Instagram beliau..

U’olls tengok jer lah gambar tu, tulang belakangnya betul-betul bengkok.. Masalah tulang bengkok yang dialami Jong Kook bukannya baru lagi, sejak di sekolah tinggi lagi u’olls.. Tapi itu pun masih ramai tak puas hati bila melihat Jong Kook melakukan senaman berat..

Jong Kook memberitahu dia terpaksa buat sesuatu untuk menyokong lengkuk pada tulang belakangnya.. Biasa lah bila orang nak mencari salah seseorang, dorang mempertikaikan apa saja yang kita lakukan, walaupun dah diberitahu apa sebabnya.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s