Khalid Samad Dicabar Ulang Perkataan ‘Sial’ Diluar Dewan

khalid-samad-tajuddin

Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad dicabar mengulangi perkataan ‘sial’ yang lantang disuarakan beliau didalam Dewan Rakyat. Dikhabarkan perkataan sial itu ditujukan kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, DS Tajuddin Abdul Rahman. Disebabkan keterlanjuran mulut pemimpin pembangkang itu, Tajuddin mencabar Khalid supaya mengulangi perkataan itu diluar dewan.

Menurut Tajuddin, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Khalid atas perbuatan yang boleh dikatakan kurang ajar. Memang sikap kurang ajar sudah sinonim dengan Ahli Parlimen pembangkang. Sebab itu, kata-kata kesat dilaungkan dengan megahnya di dalam dewan.

Jika mereka dikenakan tindakan, ketua speaker dikatakan berat sebelah kerana memihak kepada ahli parlimen kerajaan. Memang sesuai sekiranya pemimpim seperti ini diambil tindakan kerana mereka bukan saja tidak tahu menghormati dewan, malah melemparkan perkataan kurang ajar semasa pihak lain sedang menjawab soalan.

Tindakan Khalid itu sudah terang bersifat kurang ajar. Beliau tiba-tiba naik angin apabila Tajuddin secara berseloroh, menyebut hanya Parlimen Seputeh DAP Teressa Kok mempunyai nama dengan perkataan ‘kok’. Beliau berseloroh kerana Teressa sering mengganggu beliau ketika menjawab soalan. Guraun ini nampaknya menjadikan suasana kecoh dan menyebabkan Khalid mengeluarkan kata-kata kesat.

Sudah menjadi tradisi pembangkang apabila di dalam dewan, mereka sengaja mahu mencari publisiti murahan dengan menunjukkan sikap kurang elok. Pembangkang juga bertindak mengikut perasaan, walaupun perkara itu bukanlah sesuatu isu yang besar. Namun, Khalid masih berdiam diri walaupun telah dicabar untuk mengulangi perbuatannya di luar dewan.

Nampaknya, Khalid hanya berani mengeluarkan perkataan kurang ajar di dalam dewan kerana mempunyai kekebalan sebagai ahli parlimen. Tetapi kekecohan tersebut berjaya diselesaikan oleh Timbalan speaker dengan membuat keputusan bahawa perkataan berseloroh mengenai ‘kok’ hanya merujuk kepada nama Teressa, dan bukannya bermaksud perkataan lain.

Jadi Khalid tidak perlu meroyan di dalam dewan disebabkan nama Teressa. Ada kemungkinan tindakan beliau sekadar drama murahan PAN, sesuai dengan gelaran keldai tunggangan DAP yang dilabelkan kepada PAN selama ini. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s