Khairy Jamaluddin Sifatkan Bersih 5 Sebagai ‘Fun Fair’

9a-copy

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengibaratkan himpunan Bersih 5 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, sebagai satu pesta ‘syok’ sendiri… Senang cakap macam ‘fun fair’ jela! Pengisiannya kosong.

Apa yang peserta dapat dan apa yang mereka sampaikan?? Berhasil atau tidak agenda mereka?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dah letak jawatan ke?? Apa yang Gomez lihat sekarang ini, hanyalah kosong dan buang masa.

Selesai berdemonstrasi dan berseronok di jalanan… Peserta pun balik merehatkan badan yang letih akibat berjemur di jalanan. Apa yang mereka perolehi?? Termakbul ke kehendak dorang tu? Himpunan Bersih 5 yang diadakan langsung tidak mencapai apa-apa matlamat dan kebaikan untuk rakyat.

Bahkan ia hanya memenuhi kehendak dan kepuasan golongan tertentu… Kepuasan sesetengah individu yang mahu melihat kerajaan jatuh. Kepuasan mendesak seseorang untuk berundur. Namun, persoalannya sejauh mana kejayaan Bersih 5?

Langsung tak capai apa-apa kejayaan pun… Mereka hanya memperjuangkan politik dendam dan menggunakan medan suara rakyat bagi mendesak dan memenuhi keperluan sesetengah pihak. Tapi apa yang rakyat dapat?? Dapat penat jela!

Adalah lebih baik jika Bersih 5 memperjuangkan pendidikan untuk semua rakyat… Bicarakan mengenai perumahan dan pekerjaan untuk rakyat. Ucapan yang disampaikan oleh sesetengah pemimpin pembangkang hanya berlandaskan hasad dengki dan dendam.

Pembangkang hanya menggunakan nama rakyat bagi menutup segala agenda busuk yang disembunyi mereka. Nasihat Khairy, tak perlu beretorik dengan menggunakan nama rakyat, jika pembangkang hanya mahu menjatuhkan kerajaan semata-mata. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s