Jika DAP Boleh Terima Mahathir, Tak Mustahil PAS Bersama UMNO

7a-copy

DAP mengutuk keras sekiranya PAS berkira-kira mahu kembali bersama UMNO… Apa yang menghairankan… Kalau DAP boleh terima semula Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hidup mereka.. Jadi kenapa tidak bagi UMNO untuk terima semula PAS??

Jangan terkejut dan pertikaikan pula kalau UMNO menerima kerjasama dari PAS kelak… Kerjasama antara PAS dan UMNO tidak mustahil akan berlaku kerana agenda dan matlamat yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti adalah sama.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO dan PAS lahir dari DNA yang sama… Jadi tak perlu hairan, jika hubungan antara kedua parti itu terjalin semula. Umpama air yang dicincang tidak akan putus.

Macam-macam boleh berlaku dalam dunia politik… Politik berdiri diatas ‘possibilities’ dan juga mempunyai karya seni politik yang tersendiri. Umpama magik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku… Contoh macam Mahathir kembali bekerjasama dengan DAP, walaupun dahulu parti itu paling dibencinya.

PAS pula sekarang ni tengah ‘single’, jadi tak salah jika parti Islam itu bergabung dan membawa agenda perjuangan bersama-sama. UMNO perjuangkan Islam, begitu juga dengan PAS… Jadi apa lagi yang menghalang kedua parti itu untuk bergabung?

Bukan bermakna parti Melayu pembangkang yang lain tidak memperjuangkan Islam… Mereka ini terikat dibawah telunjuk DAP! DAP menolak keras Islam dan menolak hudud! Mahu atau tidak, parti Melayu di dalam Pakatan Harapan harus mengikut kehendak DAP, termasuklah Mahathir.

Negara Malaysia yang majoritinya adalah penghuni beragama Islam tidak memerlukan sebuah parti memerintah yang menolak Islam. Kalau dah nama negara Islam, tak kan pemimpinnya orang kafir?? Pentadbiran kafir? Dan bawahannya semua kafir?? Habis la orang Islam ditindas nanti. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s