Guan Eng Anggap Akta SOSMA Sebagai Senjata Baru BN

8-copy

Selepas membentangkan resolusi yang mengutuk penahanan penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah, di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu kerajaan BN menghentikan penggunaan Akta Sosma terhadap ahli politik di Malaysia.

Guan Eng juga menuduh kerajaan BN menyalahgunakan Akta tersebut dan menjadikannya sebagai senjata baru untuk menutup mulut musuh politiknya.

Menurut Guan Eng, kerajaan BN sebenarnya telah lari dari matlamat sebenar apabila menggunakan Akta Sosma yang dibuat untuk menghalang keganasan didalam negara.

Menurut beliau, apakah Maria Chin Abdullah dianggap sebagai seorang pengganas kerana menganjurkan demonstrasi aman untuk memastikan kerajaan Malaysia bebas dari rasuah?

Disamping itu, Setiausaha Agung DAP berkenaan juga mendesak kerajaan BN segera membebaskan Maria tanpa syarat kerana penahanan aktivis tersebut telah dilakukan tanpa perikemanusiaan.

Akta Sosma yang diluluskan pada tahun 2012 bagi menggantikan Akta I.S.A, kini semakin digeruni oleh pihak pembangkang dan juga aktivis politik didalam negara.

Dibawah Akta berkenaan, individu yang disiasat boleh ditahan oleh pihak Polis selama 28 hari tanpa sebarang perbicaraan dan juga tanpa boleh diwakili peguam.

Akta Sosma juga digunakan untuk membendung perbuatan yang disifatkan mampu menggugat keamanan serta ketenteraman negara oleh individu-individu tertentu.

Akta tersebut juga tidak tertakluk kepada ahli politik atau aktivis sahaja, tetapi terpakai kepada mana-mana individu yang difikirkan mampu mendatangkan musibah kepada tanahair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s