Bila Polis Nak Tangkap Tun Dr Mahathir Mohamad??

3a-copy

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sudah ditangkap dan disoal siasat… Bukan tu je… Anggota urusetia badan itu, Mandeep Singh dan beberapa pemimpin pembangkang seperti Anthony Loke dan Jimmy Wong juga telah ditahan pihak berkuasa.

Cuma apa yang menghairankan Gomez, kenapa pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tak kena tahan polis pun.

Dan yang paling menghairankan sekali… Bila pihak berkuasa nak tangkap Tun Dr Mahathir Mohamad?? Mahathir bukan sahaja bersalah kerana menghadirkan diri dalam himpunan haram tersebut… Malah dia juga bersalah kerana turut serta dan memberi ucapan ketika himpunan Bersih 5 diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Tindakan yang dilakukan Mahathir seperti memberi ucapan yang berunsurkan hasutan serta menghina kerajaan Malaysia adalah salah disisi undang-undang. Hadir dalam himpunan tersebut pun dah salah, inikan pula beri ucapan berunsur hasutan.

Bila yer pihak berkuasa nak tangkap si Mahathir dan kroni-kroni dalam PPBM tu?? Pemimpin pembangkang yang lain dah kena tangkap… Begitu juga dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mewakili Baju Merah.

Cuma geng-geng PPBM yer yang masih bebas dan belum ditangkap…Adakah ini adil bagi pemimpin yang lain?? Mahathir dan yang lain juga turun pada perhimpunan tu tapi kenapa dorang tak kena tangkap, dan hanya pemimpin pembangkang dan BN je yang kena tangkap.

Oleh itu, kita mendesak supaya pihak berkuasa ambil tindakan yang seadilnya… Rakyat mendesak supaya Mahathir ditangkap kerana turut terlibat dalam himpunan Bersih 5 tempoh hari. Dah buat salah, tak kan nak biar macam tu je. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s