Adun DAP Desak Kerajaan Pulau Pinang Hentikan Pembangunan

7a-copy

Bukan sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang. Malah wakil rakyat DAP Pulau Pinang juga tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang gagal mengawal aktiviti pembangunan di kawasan itu.

Kesan dari aktiviti pembangunan tidak terkawal itu, Pulau Pinang kini menghadapi masalah banjir kilat yang sangat teruk. Desakan bagi menghentikan aktiviti pembangunan itu perlu bagi membendung masalah tanah runtuh yang sering melanda Pulau Pinang.

Ahli Parlimen DAP Berapit, Ong Kok Fooi mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan DAP yang membenarkan segala projek dan permohonan pembangunan baharu di negeri tersebut. Oleh itu, Kok mendesak agar DAP Pulau Pinang menghentikan seketika tindakan membenarkan pembangunan baru, sebaliknya mengawal pembangunan sedia ada.

Bagi mengawal kejadian tanah runtuh dan banjir kilat dari terus berlaku… Adalah lebih baik jika kerajaan DAP meningkatkan kerja pemantauan bagi menyelesaikan segala projek yang terbengkalai dan selesaikan projek tebatan banjir.

Jika perkara tersebut tidak dibendung… Alamatnya kejadian tidak diingini di Pulau Pinang akan terus berlaku. Negeri itu kini dihimpit dengan bencana alam yang dahsyat hasil daripada pembangunan yang tidak terkawal.

Diduga pula dengan perubahan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini… Pemanasan global yang agak serius dan cuaca yang kadang-kadang mendung serta hujan lebat. Menyukarkan lagi keadaan… Paling menyedihkan akibat daripada pembangunan dan keadaan cuaca yang tidak menentu tersebut.

Maka berlakunya banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di beberapa tempat… Di Bukit Bendera… Tiba-tiba terjadi ‘air terjun teh tarik semula jadi’ hasil daripada pembangunan di kawasan itu. Siapa yang susah?? Rakyat juga yang derita. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s