100 Orang Main Lilin Depan IPD Penang Untuk Bebaskan Maria Chin

1-copy

Sekumpulan 100 penyokong Bersih 5 berhimpun di hadapan Ibu pejabat Polis Kontinjen P.Pinang semalam bagi mendesak Penganjur Bersih 5, iaitu Maria Chin Abdullah dibebaskan.

Menurut wakil kumpulan berkenaan, Polis telah melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan bertindak zalim kerana menahan orang yang tidak bersalah.

Polis juga didakwa bersikap pilih kasih kerana hanya mensasarkan tangkapan pada kumpulan Bersih 5 tetapi langsung tak berani mengambil tindakan pada kumpulan baju merah.

Kumpulan berkenaan juga menyalakan lilin sambil bergilir-gilir berucap meluahkan rasa tidak puas hati menggunakan pembesar suara, dan mahu Maria Chin segera dibebaskan.

Mereka mengancam untuk berkumpul setiap hari dihadapan Ibu pejabat Polis berkenaan sehinggalah ketua mereka itu dibebaskan oleh kerajaan tanpa syarat.

Didalam demonstrasi pada Sabtu lalu, beberapa pemimpin Bersih termasuklah penganjur nya ditahan Polis untuk disiasat. Bagaimanapun, hanya penganjur Bersih sahaja masih ditahan sehingga kini dibawah Akta SOSMA.

Jurucakap Bersih bagaimanapun mendakwa, demonstrasi yang mereka lakukan adalah bukan bertujuan politik, tetapi sebaliknya hanya mahu membersihkan negara dari pemimpin yang tidak adil dan rasuah.

Malangnya, rakyat melihat demonstrasi berkenaan lebih terabai pada cubaan menghasut rakyat agar membenci kerajaan dan juga menggulingkan Perdana Menteri.

Dibawah Akta SOSMA, Maria Chin Abdullah boleh ditahan selama 28 hari oleh pihak Polis tanpa sebarang perbicaraan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s