Uncle Cina Mengamuk Kena Saman Parking MBPP Di Kedai Batu Nesan

4-copy

Seorang lelaki warga emas berketurunan cina mengamuk dihadapan Dewan Undangan Negeri P.Pinang kerana tidak berpuas hati dengan saman parking yang diterimanya sewaktu berhenti dikedai membuat batu nesan di Pulau Tikus.

Lelaki berkenaan menjerit-jerit diperkarangan Dun berkenaan, sambil mendakwa kerajaan DAP sebagai zalim dan tidak mempunyai hati perut apabila dilarang memasuki dewan terbabit.

Bercakap kepada media, lelaki yang enggan dikenali itu menyatakan rasa kecewa dan sangat marah terhadap kerajaan DAP negeri P.Pinang kerana didakwa menindas rakyat.

Beliau turut mendakwa dirinya dianiayai kerana disaman sewaktu meletakkan kereta di belakang sebuah kedai ketika melakukan urusan pembelian batu nesan untuk mendiang ibu mertuanya.

Beliau juga kesal kerana rayuannya terhadap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak dilayan dengan baik dan dianggap menyusahkan dirinya sebagai warga emas.

Lelaki terbabit menjelaskan, Penguatkuasa MBPP bertindak biadap dan menyuruh beliau bertemu sendiri dengan Exco kerajaan DAP P.Pinang bagi mendapatkan penjelasan mengenai saman parking yang diberikan padanya.

Didalam pertemuan singkat bersama Exco Kebajikan dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh kemudiannya, lelaki terbabit menuduh kerajaan DAP P.Pinang sengaja mahu menyusahkan rakyat dan membiarkan MBPP bertindak zalim.

Beliau juga tidak mahu mendengar sebarang penjelasan dari Exco tersebut kerana mendakwa semuanya tak berguna jika tak mampu menjaga kebajikan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s