Taktik Terbaru Pencuri Kereta Sekarang

Senang betul kerja pencuri sekarang, tak payah susah-susah nak umpil kereta atau pecahkan tingkap kereta kalau nak mencuri barang dalam kereta.. Pencuri sekarang dah pakai taktik baru nak mencuri barang berharga dalam kereta, semudah ABC..

Kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur ini betul-betul dah mengejutkan banyak pihak.. Pencuri hanya perlukan satu ‘master key’ untuk buka mana-mana pintu kereta yang dikehendaki.. Ala, macam kunci pendua tu.. Pencuri bukak lock kereta korang macam kereta dia sendiri.. Orang pun tak tahu kereta korang dah kena pecah masuk pencuri..

Tapi, pencuri ni punya kunci boleh buka lock semua jenis kereta.. Macam mana dia boleh ada ‘master key’, Miss A tak pasti pulak.. Tapi, taktik baru ni memang betul-betul memudahkan cara pencuri, buka kereta alarm kereta langsung tak bunyi siapa yang nak syak pencuri dah geledah kereta kan..

Seorang wanita dikenali sebagai Debby Yiing dah dedahkan taktik baru ni di akaun Facebook miliknya.. Bapa beliau dah jadi mangsa dan kerugian wang ringgit, pencuri masuk dalam kereta dan geledah seluruh kenderaan tanpa meninggalkan sebarang kesan kereta dah digeledah..

Korang yang dok parking kereta nak pergi pusat membeli-belah tu, tak payah la nak tinggalkan barang berharga dalam kereta.. Ada laptop, galas sekali beg laptop tu masuk dalam pasar raya.. Dah banyak sangat taktik licik pencuri guna sekarang ni..

Memang ada jual ke ‘master key’ untuk buka semua kereta? Seronok la pencuri kalau macam tu, senang-senang ja buat kerja kotor dorang.. Tak payah takut lagi nak mencuri kalau alarm kereta berbunyi.. – MissA/UtaraNews

https://www.facebook.com/debby.yiing/videos/1177169719034436/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s