Sultan Johor Sifatkan Bersih Sebagai Budaya Sesat

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dalam satu ucapannya melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan nasib yang menimpa negara Malaysia sekarang ini. Malah, sejak akhir-akhir ini juga telah wujud satu budaya yang sangat tidak sihat.

Sultan Ibrahim merujuk kepada budaya demonstrasi jalanan yang kerap diadakan oleh kumpulan Bersih dan juga para pembangkang. Bukan itu sahaja, tindakan rakyat dan pemimpin pembangkang yang berkumpul di jalanan sambil membawa sepanduk dan melakukan perbuatan menghina pemimpin-pemimpin negara, dianggap sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Sultan Johor turut mengibaratkan tindakan tersebut sebagai satu usaha untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Bahkan demonstrasi jalanan itu juga hanya akan mengakibatkan berlakunya perpecahan dalam masyarakat.

Amat memalukan dan yang peliknya, apabila seorang bekas pemimpin negara yang sangat disegani dan dikenali seluruh dunia, juga turut serta dalam himpunan jalanan itu. Ekoran itu, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa berhimpun di jalanan bukanlah tabiat orang kita.

Ujar Sultan Ibrahim lagi, baginda tidak faham kenapa orang kita begitu terikut-ikut dengan budaya dan cara orang luar yang menggunakan kekerasan dan hasutan bagi menjatuhkan kerajaan. Disebabkan itulah Sultan Ibrahim mengharamkan mana-mana pihak daripada mengadakan sebarang himpunan atau demonstrasi jalanan di Johor.

Ini ekoran daripada himpunan Bersih 4 sebelum ini yang dilihat mengganggu ketenteraman awam dan memberikan imej yang tidak sihat serta menjatuhkan maruah negara. Oleh demikian, Sultan Ibrahim mengibaratkan himpunan Bersih sebagai budaya yang sesat dan harus dijauhi. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s