Rakyat Makin Loya Dengan Bersih

Pejuang Bersih sejak dahulu lagi langsung tidak memberi sebarang makna kepada negara… Malah kehadiran mereka hanya memburukkan lagi nama Malaysia di mata dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa rakyat Malaysia semakin mual dengan sikap Bersih.

Mempromosikan sesuatu yang tidak berfaedah dan membawa agenda yang tidak memberi sebarang kebaikkan kepada rakyat mahupun negara. Tindakan kotor yang mahu menumbangkan kepimpinan negara secara jalan pintas, bukanlah sesuatu yang kerajaan sarankan.

Mendesak perdana menteri meletak jawatan secara rusuhan dan keganasan, bukanlah dituntut dalam perlembagaan dan undang-undang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

Jika tidak, akibat dari tindakan gelojoh dan terlalu mengikut perasaan kumpulan Bersih ini… Negara akan huru-hara dan rakyat sendiri akan menderita. Bukan itu sahaja, Najib turut beranggapan bahawa penglibatan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Bersih sebagai sesuatu yang berbeza.

Yela, masa Mahathir jadi perdana menteri, takde pulak dia buat macam tu… Tambahan pula dengan dakwaan Mahathir berkenaan ekonomi sebelum ini hanyalah cakap-cakap kosong dan bukan berlandaskan fakta. Itu menambahkan lagi keterdesakan Mahathir.

Jadi tak hairan la kalau rakyat Malaysia kini sudah bosan dengan ‘perjuangan’ yang dibawa oleh Bersih dan Mahathir kini. Mereka sudah buka mata dan lihat ada agenda tersembunyi disebaliknya… Kerana itu rakyat tidak lagi mahu menjadi hamba kepada Bersih dan Mahathir.

Sementara itu, Najib turut menasihati rakyat agar tidak mudah cemas dengan segala pertuduhan yang dilemparkan pembangkang… Selagi takde fakta yang menyokong dakwaan mereka… Maka ianya adalah fitnah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s