Pihak Astro Mahu Nora Jadi Juara Gegar Vaganza Musim Ke-3

j

Dalam diam tak diam, program realiti Gegar Vaganza musim ke-3 sudah hampir ke penghujungnya.. Pada 27 November nanti adalah konsert separuh akhir Gegar Vaganza 3.. Cepat jer masa berlalu noh! Minggu tersebut u’olls bakal menyaksikan tujuh peserta lagi yang akan beraksi..

Lagu untuk konsert minggu seterusnya pun dah diberikan kepada para peserta.. Macam biasa lah, setiap peserta diberikan lagu penyanyi lain untuk membuat persembahan.. Tapi yang membuat Miss pelik bila seorang peserta jer mendapat laguya sendiri..

Siapa lagi kalau bukan Nora Ariffin yang bakal menyanyikan lagunya sendiri yang bertajuk ‘Sandiwara’! Whoaa.. Seronok lah Nora dapat lagu sendiri, kepala pun tak stress nak fikir menyanyikan lagu tu nanti.. Kalau menyanyikan lagu penyanyi lain, kena study untuk membawa kelainan pada lagu tersebut..

Tapi pihak Astro telah memudahkan kerja Nora dengan memberikan lagunya sendiri.. Gara-gara Nora diberikan lagu sendiri, ramai yang tertanya dan mempertikaikan tentang perkara tersebut.. Ramai yang merasakan macam tak adil jer.. Yela, dah minggu lepas pun dia dapat lagu pilihan sendiri, minggu separuh akhir ni pulak dapat lagunya sendiri..

Macam ada yang tak kena jer kan! Ataupun pihak Astro sengaja bagi Nora lagu sendiri kerana nak Nora menjadi juara Gegar Vaganza musim ketiga?? Mana lah tahu kan, Miss tengok asyik Nora jer diberikan layanan istimewa..

Apa-apa pun u’olls tunggu jer lah program realiti ni sampai ke penghujungnya yer.. Tunggu jer lah siapa bakal juara, Nora atau perserta lain.. Kalau Nora menjadi juara, nampak sangat pihak Astro dah rancang awal-awal nak bagi Nora menang.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s