Peserta Bersih Ramai Tapi Kenapa UMNO Yang Menang??

3a-copy

Pembangkang sering mendabik dada kononnya mereka lah yang paling hebat… Hanya berlandaskan jumlah peserta Bersih yang turun ke himpunan Bersih 4 pada tahun lalu dan jumlah peserta pada Bersih 5 pada kali ini.

Namun apa yang menggelikan hati, kononnya pembangkang ramai penyokong dan pengundi… Tapi apa yang menghairankan, kenapa pembangkang sering kalah pada pilihan raya?? Kata pengundi dan penyokong ramai tapi kenapa boleh kalah pada UMNO??

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempertikaikan perkara tersebut. Betul jugak! Pro-pembangkang kerap bermegah, kononnya mereka mendapat penyertaan yang besar dalam setiap himpunan yang dianjurkan.

Tapi kenapa bila tiba waktu yang memerlukan sokongan serta undi… Penyokong yang hadir pada perhimpunan pembangkang itu lenyap?? Kalau betul la jumlah kehadiran dalam setiap perhimpunan menjadi kayu pengukur pada pembangkang.

Kenapa sejak tahu 1999, pembangkang kalah pada pilihanraya?? Dorang sepatutnya sudah menang sejak 1999 kerana pada ketika itu himpunan kerap dilakukan oleh pembangkang.

Malah pada tahun itu juga pembangkang turut mengadakan demonstrasi bagi menuntut perletakan jawatan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Demonstrasi itu diadakan susulan dari pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setahun sebelum itu sehingga tercetusnya gerakan reformasi.

Memang tidak dinafikan kehadiran penyokong pembangkang dalam setiap himpunan yang diadakan adalah ramai… Tapi pelik, kenapa mereka asyik kalah! Adakah penyokong yang hadir itu hanya berdrama?

Hari ini kata sokong pembangkang tapi bila tiba pilihan raya, dorang undi UMNO… Itu namanya pengundi atas angin… Atau pengundi bermuka talam! Hari ini kata sokong pembangkang tapi esok lusa undi UMNO. Sebab tu la pembangkang jangan nak bongkak sangat. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s