Penganjur #TangkapMO1 ‘Insaf’ Selepas Di Cuci Otak!

4a-copy

Jika mahu melibatkan diri dalam dunia politik dan apa sahaja yang berunsurkan politik… Kena ada keberanian dan kesanggupan untuk mengharungi cabaran.

Bukan macam Aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah yang juga merupakan penganjur himpunan #TangkapMO1 ni! Baru kena tangkap dan disoal siasat pihak polis dua kali, dah merengek ketakutan!

Katanya, dia disoal siasat oleh pihak polis selama 5 jam bermula pada jam 10 malam dan berakhir pada jam 3 pagi. Kesiannnn… Penat yer kena soal siasat sampai 5 jam! Haha! Itu la, masa sertai himpunan Bersih 5 sampai berjam-jam tak mengadu penat pulak.

Tapi bila disoal siasat sambil duduk, malah tak berpanas terik… Mengaku letih pula. Kalau dah berani ambil risiko sertai himpunan Bersih 5, maka Anis harus berani juga untuk menanggung akibatnya.

Selepas disoal siasat dan di cuci otaknya hasil daripada ‘kaunseling’ yang diberikan oleh pihak polis… Anis dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Bukit Bintang.

Kesian Anis, sebab terpedaya dan terlalu bodoh menjadi pak turut kepada kumpulan Bersih.. Dirinya menjadi mangsa dan terpaksa tidur dalam lokap, setelah dia ditangkap bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis pada malam Sabtu lalu.

Setelah di beri khidmat ‘cuci otak’… Anis bersama 7 aktivis dan pemimpin pembangkang yang lain dibebaskan malam semalam. Antara yang dibebaskan adalah ahli sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh, ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng.

Juga turut dibebaskan, ahli jawatankuasa PSM S. Arutchelvan, serta pemimpin pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Safwan Anang. Best tak kena cuci otak dengan pihak berkuasa??

Sebab sebelum ini Anis bukan main sombong lagi berkata, kononnya tindakan pihak polis yang menahannya adalah sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat.

Tambah pula pihak Universiti Malaya sehingga sekarang tak ambil tindakan terhadapnya. Agaknya lepas ni dia insaf tak?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s