PAS Didesak Ambil Tindakan Terhadap Anggota Parti Yang Sertai Bersih 5

10a-copy

Parti Islam PAS hari ini didesak supaya mengambil tindakan terhadap anggota-anggota parti mereka yang dipercayai terlibat dan turut serta dalam perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu.

Seperti yang korang sedia maklum… PAS sebelum ini mengharamkan anggota parti mereka daripada terlibat secara langsung, mahupun secara tidak langsung. Walau ada sesetengah pemimpin mereka yang tidak menghalang anggota parti untuk terlibat. Akan tetapi, hakikatnya PAS menolak himpunan Bersih 5.

Penglibatan beberapa anggota PAS dalam himpunan Bersih 5 boleh dianggap sebagai melanggar prinsip yang dibawa parti Islam itu. Oleh demikian, PAS didesak supaya tindakan tegas dan disiplin dikenakan terhadap beberapa anggota PAS yang terlibat.

Antara anggota PAS yang dilihat turun memeriahkan pesta Bersih 5 tersebut adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian.

Sebenarnya bukan tiga pemimpin ni je yang langgar prinsip yang dibawa PAS. Tetapi pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Batu Buruk, Datuk Syed Azman Syed Ahmad Nawai, Ahli Parlimen Kubang Rotan, Datuk Mohd Nasir Mustafa dan Ahli Parlimen Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hazmah juga turut terlibat.

Dengan ini menjadikan jumlah kesemua mereka adalah enam orang… Ramai jugak la yang dah tidak sehaluan dengan PAS. Jika mereka dah takde hati dengan PAS, kenapa masih berada dalam parti?? Adakah mereka takut terlanggar sumpah Bai’ah?? Tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s