PAN Kedah Sertai Bersih 5 Kerana Tidak Mahu Terus Diperbodohkan SPR

spr-election-commission

Dalam perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lepas, PAN Kedah antara kumpulan yang memberi sokongan padu terhadap BERSIH. Punca PAN Kedah menyokong himpunan itu kali ini adalah untuk menghentikan pembohongan yang pernah dilakukan oleh Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) sebelum ini.

Kononnya dalam BERSIH 5, PAN Kedah mahu menunjukkan kepada SPR bahawa rakyat sudah muak dengan pembohongan yang dilakukan mereka selama ini. Oleh itu, mereka mendesak kerajaan untuk melakukan pilihan raya yang adil dan bersih menjelang PRU14 nanti.

Selain itu, mereka turut menuntut kerajaan mengamalkan sistem demokrasi bagi membolehkan rakyat bersuara dan melakukan pilihan sendiri dalam berkerajaan. Hakikatnya hari ini, puak BERSIH yang masih tidak faham apa makna demokrasi, sebab itu himpunan ini berlangsung sehingga lima kali.

Sepatutnya, perhimpunan BERSIH tidak perlu diadakan jika mereka menuntut demokrasi dan hak bersuara. Sekiranya masih ramai menyokong himpunan ini, apa gunanya medium pilihan raya?? Mereka seharusnya menggunakan medium ini untuk menukar kerajaan dan menentukan hak bersuara mereka mengikut keputusan selepas itu.

Namun hari ini pembangkang masih tidak berpuas hati dengan pihak SPR, kononnya mereka adalah punca kekalahan pembangkang. Jika SPR dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan, pastinya peluang untuk pembangkang menang amat tipis sekali. Pembangkang juga tidak berhak memenangi negeri-negeri yang ditadbir mereka sekarang, jika kerajaan menguasai SPR.

Sudah tentu semua undi telah dimanipulasi dan memberikan kemenangan mutlak kepada kerajaan. Tetapi perkara ini tidak berlaku kerana pihak SPR telah mengamalkan sistem yang cukup bersih. Keputusan menang atau kalah juga bukan ditentukan oleh kerajaan dan SPR, sebaliknya rakyat sendiri yang membuang undi untuk memilih siapa yang mereka mahukan.

PAN Kedah tidak perlu nak meroyan dan menjadi keldai tunggangan rakan pembangkang lain. Semenjak menjadi sebahagian daripada DAP, PAN Kedah dilihat seperti menghalalkan segala cara untuk berpolitik walaupun mempunyai cara lain dan lebih bersih daripada perhimpunan haram untuk bersuara dan menentukan kerajaan pilihan.

Mereka tidak perlu terlalu yakin dengan menyertai BERSIH, pembangkang dapat mengalahkan kerajaan BN dalam PRU14. Untuk menjadi seorang pemimpin kepada rakyat, seharusnya mereka menunjukkan sikap yang baik bukannya mengadakan himpunan haram seperti ini. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s