Mahathir Dan Muhyiddin Harus Terima Qada Dan Qadar

20161119_bersih_rally_mahathir_02_620_412_100

Pemimpin PPBM dilihat terdesak kerana turun menyokong perhimpunan haram BERSIH 5, malah mereka juga disifatkan telalu kecewa dengan apa yang berlaku keatas diri mereka kini. Rasanya perasaan malu pun sudah lama hilang di dalam diri pemimpin penaja parti bunga, Tun Mahathir dan presidennya, TS Muhyiddin Yassin.

Permainan yang cuba dimainkan puak PPBM lebih terserlah semenjak bekerjasama bersama Pakatan Harapan. Bukan saja telah kecewa, malah sekarang Muhyiddin dikatakan bertekad mahu menuntut pembalasan setelah dipecat daripada UMNO. Rasanya tiada apa yang perlu dikesalkan kerana mereka sendiri yang memilih nasib seperti ini.

Menurut DS Tengku Adnan Mansor, beliau kecewa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin yang menyertai pehimpunan haram BERSIH 5 di ibu negara. Beliau juga tidak faham dengan perjuangan kedua-dua bekas pemimpin itu sekarang.

Dulu Mahathir menolak sekeras-kerasnya perhimpunan haram, jadi perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Malangnya, Muhyiddin turut terpengaruh dengan dakyah Mahathir kerana beliau kecewa dilucutkan jawatan dan tidak boleh memasang angan-angan untuk menggantikan DS Najib Razak.

Justeru, Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, menegaskan mereka ini sudah terlalu angkuh dan kecewa. Jadi mereka perlu percaya pada Qada dan Qadar yang telah ditentukan. Mereka juga tidak perlu menghalalkan segala cara untuk melawan takdir yang telah ditentukan.

Tingkah laku mereka tidak akan berubah sebelum PRU14, jadi kedua-dua makhluk ini perlu belajar untuk menerima suratan takdir bahawa pemimpin kecewa seperti mereka tidak akan berjaya menggulingkan kerajaan dan pemimpin sedia ada. Mereka juga perlu memikirkan kaedah lain untuk menyuarakan pandangan, bukannya memperbodohkan diri dengan menyertai BERSIH 5.

Pemimpin yang sudah lanjut usia seperti mereka harus kembali kepada jalan yang benar. Bukannya semakin tua semakin agresif dalam berpolitik. Sepatutnya peluang ini diberikan kepada golongan muda, tetapi hari ini golongan muda juga sudah terpengaruh dengan sikap negatif serta cara berpolitik orang kecewa. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s